Written by AbangNara | May 18th, 2018

Adalah satu perkara biasa apabila hubungan suami isteri menjadi renggang lebih-lebih lagi setelah usia perkahwinan semakin bertambah. Namun kita tidak boleh mengambil remeh perkara ini kerana ia boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Kasih sayang antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk untuk memastikan cinta antara satu lama lain tidak pudar.

image

Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mengembalikan kemesraan dan mengeratkan semula hubungan antara suami isteri. Persoalannya ialah sama ada kita mahu atau tidak memupuk kembali api cinta yang terpendam di dalam jiwa. Kalau anda terasa ingin mencuba, bolehlah amalkan 5 cara mudah dan berkesan di bawah ini untuk kembali hangatkan hubungan anda:-

1. Ingat tarikh-tarikh penting

Keupayaan suami dan isteri di dalam mengingati sesuatu perkara sememangnya berbeza. Tahap kehebatan ingatan seorang isteri sehingga dia boleh ingat baju yang dipakai ketika kali pertama ber”dating”. Sementara si suami pula tarikh hari jadi dan ulangtahun perkahwinan pun boleh terlupa. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, pastikan kesemua tarikh-tarikh penting ini diletakkan di dalam telefon dan di”set reminder”. Tiada lagi alasan untuk kita terlepas mengucapkan “selamat hari jadi” atau “happy anniversary” kepada pasangan masing-masing.

2. Buat kejutan yang simple

Sekali-sekala kita perlu memberikan kejutan kepada pasangan kita supaya dia tersenyum girang. Contohnya si suami tiba-tiba dah beli tiket percutian ke Korea Selatan untuk 2nd honeymoon. Atau si isteri boleh belikan konsol permainan PS4 kerana suami memang minat bermain game. Atau kalau nak lebih surprise, boleh secara tiba-tiba hantarkan sejambak bunga kepada isteri ketika dia bekerja di pejabat. Confirm dia akan gembira sangat-sangat.

3. Jangan merajuk lama sangat

Pertengkaran antara suami dan isteri adalah satu perkara biasa dan tak mungkin dapat dielakkan. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Apa yang penting ialah selepas pergaduhan itu jangan merajuk terlalu lama. Salah seorang kenalah beralah, meminta maaf dan mencari jalan untuk menyelesaikan pertengkaran tersebut. Yang penting kena bawa berbincang dengan hati terbuka agar permasalahan tersebut dapat diselesaikan tanpa mengguris hati mana-mana pihak.

4. Solat berjemaah

image

Sesibuk mana pun kita di dalam kerjaya dan menguruskan hal rumah tangga, sekurang-kurangnya sekali sehari kenalah sama-sama bersolat Jemaah bersama pasangan. Waktu terbaik sudah tentu sama ada sembahyang Maghrib atau Isyak. Nak tambah afdhal lagi, boleh selitkan sedikit tazkirah selepas bersolat. Kalau nak lebih awesome, boleh sama-sama membaca Al-Quran sebelum masuk tidur. Insya Allah kehidupan anda sekeluarga akan lebih tenang dan dirahmati olehNya.

5. Amalkan Sumber Ayu untuk “ikat” suami anda

Walaupun anda sudah lama berkahwin, hubungan intim di antara suami dan isteri adalah satu perkara penting dan WAJIB diambil berat. Janganlah bila dah lama berkahwin, makin hambar hubungan intim anda berdua. Dalam bab ini, si isteri perlu mencari jalan untuk meningkatkan kemesraan dan membuatkan si suami rasa lebih teruja untuk bersama anda. Salah satu cara yang mudah, efektif dan pantas ialah menggunakan Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan Pearly White dengan Triple Whitening Extracts. Confirm suami anda akan “terikat” kemas punya!!!

image

Apa yang hebatnya Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan Pearly White dengan Triple Whitening Extracts ini? Selain daripada halal, selamat dan berkesan, ini beberapa kelebihan yang bakal anda perolehi sekiranya mengamalkan penggunaan produk yang mengandungi Ekstrak Bengkoang, Licorice, Susu serta Kayu Rapet, Manjakani, & Daun Sirih ini:-

1. Membantu kulit di sekitar area kewanitaan tampak cerah dengan lebih optimal terutama di sekitar pangkal paha

2. Membersihkan kawasan kewanitaan, mengurangi bau tak selesa, sekaligus membantu memeliharanya agar terasa lembut.

3. Formula dengan pH 3.5 yang membantu memelihara kondisi area kewanitaan

image

Senang cakap, Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan Pearly White dengan Triple Whitening Extracts ini membantu memastikan Cik V anda berada di dalam keadaan terbaik dan optimum demi menjadikan huubungan suami isteri berada di satu tahap terbaik. Ia sesuai digunakan untuk semua peringkat umur, terutamanya wanita bekerjaya kerana ia akan menambahkan keyakinan dalam diri, tanpa mengira tempat dan masa. Ini bukan cakap kosong kerana 99% pengguna Sumber Ayu telah mengakui keberkesanan dan kelainan apabila menggunakannya:-

Jadi tunggu apa lagi? Kalau anda sudah terasa hubungan suami isteri semakin renggang, bolehlah cuba amalkan Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan Pearly White dengan Triple Whitening Extracts untuk mengembalikan kehangatan seperti baru-baru berkahwin dulu. Sekali cuba, pasti suami anda akan tersenyum riang. Silap-silap terasa macam pengantin baru!!! Maklumat lanjut layari www.sumberayu.com.my.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 responses to 5 Cara Mudah & Berkesan Untuk Eratkan Kembali Hubungan Suami Isteri, Nombor 5 Tu Wajib Dicuba!!!

  1. Anonymous says:

    Rahsia kekal mcm Kak Semah…beli beg Birkin hasil menabung!

    1

    0
  2. Anonymous says:

    kak mah dah xnmpk muka. mungkin dia jaga laki bekas pm paling teruk dlm sejarah negara tu kot.

    0

    0

Leave a Comment

Optional