5 Cara Elak Boros Dan Terlebih Belanja Shopping, Tips Berguna Untuk Yang Ada “Simptom” Pantang Nampak Sale!

Trending

5 Cara Elak Boros Dan Terlebih Belanja Shopping, Tips Berguna Untuk Yang Ada “Simptom” Pantang Nampak Sale!

o-WOMAN-SHOPPING-BAGS-STREET-facebookCuba tengok almari pakaian anda. Mesti dah berlambak gila baju yang korang ada kan. Tapi masih rasa tak cukup.

Bila nak keluar je selalu mengeluh sebab tak ada baju nak pakai. Buta ke apa? Yang bertimbun dalam almari tu apa?

Advertisement

Gaji baru je masuk, dah buat perancangan dah nak beli apa. Tapi duit untuk simpan tak pernah fikir pun.

Anda boleh ubah tabiat BURUK anda tu dengan 5 cara mudah ini!

1. Nampak SALE je nak beli, bukan semua barang murah tu bagus!

Perempuan ni pantang nampak perkataan SALE. Tapi anda kena ingat, barangan murah tak semetinya berkualiti dan kekal lama. Entah-entah ia bakal di buang ke tong sampah juga nanti.

2. Jangan beli sebab ikut trend

Baju yang mengikut tren adalah yang paling tak patut korang beli. Sebab kemungkinan besar tren tu dah lapuk untuk masa akan datang.

3. Alasan tak ada baju nak pakai tu tak boleh pakai dah

Disebabkan nak hadiri parti hari jadi, anda nak kena berhabis duit untuk majlis yang berapa jam tu je? Tak berbaloi langsung. Geledah je almari tu, mesti ada je baju yang anda baru pakai sekali dua.

4. Cuba fikir balik, baju yang anda nak beli tu korang akan pakai lagi tak

Masalah perempuan paling besar ialah masa nak beli baju tu bukan main. Tapi lepas dah pakai sekali dua terus tak pandang dah. Kalah anak orang kaya!

5. Membeli-belah masa gaji baru masuk adalah idea teruk

Masa dapat gaji memang la best beli itu ini. Tapi lepas tu nak makan apa. Kena beringat gaji yang anda dapat tu kena guna dalam sebulan bukan seminggu.

sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...