Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

5 Cara Berjimat Shopping Secara Online Yang Wajib Anda Tahu. Rugi Banyak Kalau Tak Baca!

Semakin hari, semakin banyak laman website untuk membeli-belah secara online. Paling menarik apabila membeli-belah secara online semasa musim promosi sebab boleh jimat banyak.

Advertisement

Tetapi bagaimana cara berjimat semasa membeli belah secara online kalau tiada musim promosi?

Haaaa.. Ini kami nak share.

1. Membeli Semasa Bukan Hari Bekerja

Hari tidak bekerja adalah hari yang terbaik untuk membeli secara online. Kebanyakkan website jualan mengalami kemerosotan jualan pada hari bekerja. Jadi mereka akan melakukan promosi singkat untuk meningkatkan jualan mereka pada hari tidak bekerja.

Advertisement

Jadi pilih la bukan hari bekerja untuk membeli secara online!

2. Pusat Pembelian Online China

Kalau kita tergolong dalam kalangan yang sangat teliti, nak manfaatkan harga rendah dan dalam masa yang sama penyelesaian yang lebih mudah, boleh membuat pembelian di kedai online barangan China.

Betul! Antara platform e-dagang gergasi yang menjual barangan China adalah Aliexpress dan Gearbest. Dari pakaian, barang dapur, barangan elektronik dan apa-apa sahaja yang ada dalam kepala kita, semua ada.

Tetapi ada kelemahan untuk pembelian di e-dagang gergasi ini. Tempoh untuk mendapatkan barang yang dibeli agak lama. Paling awal 2 minggu dan paling lama lebih dari tiga bulan.

3. Flash Sale / Deal Sale

Advertisement

Jika menunggu lama menakutkan kita, cara terbaik adalah membuat pembelian online di web e-dagang tempatan. Laman-laman web tempatan sering melakukan promosi Flash Sale atau Deal Sale secara bermusim. Sebagai contoh, promosi musim cuti sekolah, Promosi Hari Ibu, Promosi Hari Raya Cina, Hari Kekasih dan lain-lain.

Kami kongsi satu tip, sekiranya anda berniat nak beli Komputer, boleh beli di bulan Ogos dan September kerana terdapat banyak sale untuk Komputer di Lazada atau 11street.

Tip : Sekiranya ada barangan yang anda minat semasa flash sale / deal sale, pastikan search dahulu nama barangan di web tersebut, mana tahu yang bukan dibawah flash sale lagi murah. Kan? Jadilah pembeli yang bijak. :)

4. Jualan Penghabisan

Setiap kali hujung tahun atau awal tahun, pasti akan ada jualan penghabisan baju-baju seperti di web Zalora dan tidak kurang juga barangan-barangan lain seperti barangan elektronik seperti set TV,  radio dan lain-lain barangan rumah di Lazada.

Berapa banyak diskaun jualan penghabisan? Untuk barangan lama ada yang mencapai diskaun sehingga 90%! Memang rugi kalau tak grab promosi jualan penghabisan.

Berapa banyak diskaun jualan penghabisan? Untuk barangan lama ada yang mencapai diskaun sehingga 90%! Memang rugi kalau tak grab promosi jualan penghabisan.

5. Program Royalti

Bila program royalti melalui pengedali mudah alih (mobile) memang sukar untuk percaya kerana mereka pasti tidak akan membayar. Tetapi di beberapa kedai dalam talian mereka merubah menjadikan ia faedah kepada pembeli.

Sebagai contoh, kedai pakaian Malaysia, Zilingo menawarkan 10% dari setiap pembelian akan dimasukkan dalam akaun ahli. Wang yang dikumpul mungkin mampu untuk cover separuh daripada nilai barangan yang kita nak beli kemudian. Untung? Semestinya menguntungkan.

Tetapi selepas mendaftar sebagai ahli, kita akan dapat pesanan promosi dari semasa ke semasa. Jadi pastikan membuat perbandingan samaada 10% lebih berbaloi atau promosi kod promosi lebih berbaloi. Supaya kita mendapat lebih manfaat!

Membeli secara online, perlu bijak. Kadangkala kita nak berjimat tetapi silap langkah kita terlebih bayar.

Menunggu hari promosi sehingga 90% adalah pilihan yang tepat. Seperti Black Friday yang merupakan jualan paling besar secara tahunan. Yang lain seperti Cyber Monday, Chinese New Year pada bulan Januari dan Februari.

Tip : Suka membeli menggunakan Aplikasi di handset? Jangan lupa download Aplikasi Picodi sebelum membeli di Lazada, Zalora, 11street, Shopee dan lain lain untuk nikmati lebih diskaun. Boleh cek web kegemaran anda ada dalam Picodi atau tak. Klik-> Di sini.

Selamat shopping!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 Comments

  1. Anonymous

    March 26, 2018 at 10:05 pm

    Mana dapat info ni?
    Sebenarnye waktu hari bekerja lah paling ramai pembeli online… sebabnye mereka guna Internet line and computer office.

    • Anonymous

      March 26, 2018 at 11:45 pm

      Ni dah kira pecah amanah.

  2. Anonymous

    March 26, 2018 at 7:29 pm

    Sini ke bini Nara beli serkup mcm spender tu???

    • Anonymous

      March 26, 2018 at 8:58 pm

      Ha..ha..ha..biar betul arr..

    • Afifah

      March 26, 2018 at 9:30 pm

      Tak..guna spender lama Nara!!!

    • Anonymous

      March 26, 2018 at 9:29 pm

      Omg..screaminggggg lol

  3. Tanya Sebentar

    March 26, 2018 at 7:27 pm

    Wife Abang Nara beli turban kt Alibaba erk?!!! Lol

    • Anonymous

      March 26, 2018 at 10:45 pm

      Beli kat zouk,shipping free.goyang gerudi..

    • Jenna Nick

      March 26, 2018 at 11:54 pm

      Zouk private event katanya chuolsss!!!

    • Anonymous

      March 26, 2018 at 11:44 pm

      Nampak Zouk ingat Neelofa. Selagi Zouk x bangkrap…bayangan Neelofa tetap ada.

    • actifast

      March 27, 2018 at 8:32 am

      tapi kannn netizen dah sujud syukur sejukkk je mata tengok lopak tu berzikir bertasbih digital ala2 suci murni ? sian tul lopak tu memanjang je dia berlakon

    • Anonymous

      March 27, 2018 at 11:23 am

      Pasnie lancar tasbih digital kat mana plk..mesti kat tempat yg xde arak xde rokok.lelaki perempuan dalam gelap xpe.

  4. Anonymous

    March 26, 2018 at 7:25 pm

    Lazada…ada order/beli beli iphone tiba2 sampai…baby wipes dua bekas!!! Lol

  5. 030303

    March 26, 2018 at 6:32 pm

    Point number 1 seperti tidak masuk akal. Tidakkah logiknya sekiranya peniaga alami kemerosotan jualan, secara strategiknya peniaga akan mengambil tindakan dengan buat promosi pada hari kemerosotan jualan?

    • Anonymous

      March 26, 2018 at 7:24 pm

      nara tolongla awak sbg lelaki dan suami tegurla pemakaian isteri tu..sedih dulu elok pakai tudung tutup leher…skrg ni cam kluar toilet. naik business class je. kalu 1st class…freehair ke?!!

    • Anonymous

      March 26, 2018 at 11:47 pm

      Kalau 1st class.. rasanya campak tudung pakai topi mcm Queen Elisabeh..

    • mak cute

      March 27, 2018 at 8:38 am

      mangsa fesyen…lopak pakai wife dia pun nk pki…sudahnya rupa org cm baru lps berak kuar toilet…tuala atas kepala…tu pasal la nara up yg gud2 pasal lopak bab idola wife dia…

    • minah jambu say NO to drugs

      March 26, 2018 at 9:42 pm

      laki ella rock nyanyi macm takot2 aje ..macm mengigil minah jambu tengok kt TV1 ni..ella pulak macm mentel..nak lentok tu agak2 la ..eeeeee tk sedap nye suara laki diaaaaaaaaaaaaa ! kenape di suroh nyanyi ni ??? ni mesti ella yg paksa laki dia nyanyi ni huh ! tapi suara korie ok..eh diam dah huh !!

    • Anonymous

      March 27, 2018 at 11:21 am

      Nara mana tau semua nie..janji masyukk je,taik kalau disuruh promosi. pun dikata sedap kot.

    • Mok Joyah

      March 29, 2018 at 10:42 am

      Kannn setuju. Waktu bekerja lah org suka bukak website. Then sale semua ni tak membantu pun. Kadang terbeli benda merepek2 je. Tak perlu pun tapi terbeli sebab ada sale.

Loading...
To Top