5 Cabaran Yang Dihadapi Abang Nara Sepanjang Tahun 2017

Hiburan

5 Cabaran Yang Dihadapi Abang Nara Sepanjang Tahun 2017

Pejam celik pejam celik, tahun 2017 sudah sampai ke penghujung. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum kita menyambut tahun baru 2018. Macam mana dengan kehidupan anda sepanjang tahun 2017? Mesti banyak cabaran, dugaan dan ujian yang telah anda lalui kan? Abang Nara pun sama jugak. Selaku seorang yang dah berkeluarga dan seorang blogger, banyak liku-liku yang telah Abang Nara tempuhi tahun ini. Namun Alhamdulillah semuanya dapat diatasi dengan jayanya.

keluarga tercinta menjadi pembakar semangat untuk Abang Nara mengharungi segala cabaran dan ujian yang mendatang

Antara cabaran-cabaran yang Abang Nara telah lalui selaku seorang ayah dan seorang blogger sepanjang tahun 2017 ini ialah:-

Advertisement

1. Arissa masuk hospital untuk jalani pembedahan

Abang Nara sedang menonton televisyen ketika Arissa bermain di taman permainan sambil ditemani oleh ibu saudaranya. Tiba-tiba Abang Nara terdengar jeritan meminta tolong. Abang Nara berlari keluar rumah dan melihat wajah Arissa dilumuri darah. Masa ini memang berderau darah dibuatnya. Rupa-rupanya Arissa terjatuh dan dahinya tertumus sehingga menyebabkan luka yang amat dalam. Darah keluar tak berhenti-henti. Terus Abang Nara hidupkan enjin kereta dan bawa Arissa ke hospital. Arissa terpaksa menjalani pembedahan sebab lukanya memang serius. Nasib baiklah doktor kata tak ada impak kepada otak. Kalau tak memang lagi stress Abang Nara dibuatnya. Sepanjang pembedahan Abang Nara memang tak senang duduk. Iyerlah anak kecil kena bedah. Apa-apa pun boleh jadi kan? Namun Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kini luka di dahi itu sekadar nampak parut sahaja. Lega rasanya.

2. Aariz masuk sekolah!!!

Aariz baru berusia 5 tahun tetapi Abang Nara dan isteri putuskan untuk dia memasuki Tahun 1 pada 2017 ini. Buat anda yang tidak tahu, Aariz ini “special case” sikit sebab dia telah disahkan “mild autism”. Jadi kami berdua memang berdebar-debar nak tunggu apa feedback daripada cikgu Aariz. Iyerlah takut-takut Aariz tak dapat sesuaikan diri semasa proses pembelajaran. Alhamdulillah selepas 6 bulan, masih tiada sebarang komplen daripada cikgu. Kiranya Aariz dapat belajar seperti seorang budak normal. Bersyukur sangat-sangat. Semoga Aariz dapat mengekalkan prestasi bagusnya untuk tahun-tahun yang mendatang.

3. Bercuti pun kena buat kerja

Pasti ramai yang menyangka kerjaya sebagai blogger adalah seronok sebab boleh cuti bila-bila masa, tak ada office hour dan bebas bekerja di mana-mana. Memang itu adalah antara beberapa kelebihan menjadi blogger. Namun yang tak bestnya ialah waktu pergi bercuti pun kena buat kerja jugak. Setiap kali bercuti, Abang Nara mesti kena bawak laptop untuk standby update berita-berita terkini dan pantau status blog. Ada sekali tue ketika bercuti di Langkawi, kami sekeluarga terpaksa memerap di dalam bilik hotel sepanjang hari kerana Abang Nara ada kerja “urgent” yang perlu disiapkan. Kesian anak bini tak pasal-pasal percutian terganggu. Tapi nak buat macam mana kan? Inilah antara cabaran yang perlu Abang Nara tempuhi kerana bekerja sebagai seorang blogger.

4. Dihujani pelbagai komen berbentuk serangan peribadi

tetap tersenyum walau apa jua komen negatif yang diterima

Kalau anda rajin membaca ruangan komen di BeautifulNara, pastinya anda akan perasaan kadangkala akan komen berbentuk serangan peribadi terhadap Abang Nara. Apa yang lebih menyedihkan ialah komen jahat ini bukan sahaja ditujukan kepada Abang Nara, malah kepada isteri dan anak-anak. Ada yang tulis “anak mata juling”, “isteri gigi jongang”, “anak tak comel langsung” dan sebagainya. Kalau dulu memang terluka juga hati ini dibuatnya apabila membaca komen-komen sebegini. Namun untuk tahun 2017, Abang Nara mengambil pendekatan tidak peduli. Nak kata apa, katalah. Yang penting Abang Nara gembira dengan kehidupan ditemani isteri dan anak-anak tercinta.

5. Hujung minggu pun kena kerja

Kebiasaannya hujung minggu adalah waktu untuk berehat bersama keluarga. Masa inilah nak bawa anak keluar jalan-jalan, makan di luar bersama keluarga, atau tengok televisyen sambil berehat di rumah. Namun bila bekerja sebagai seorang blogger, Abang Nara seolah-olah tiada hujung minggu. Sabtu dan Ahad pun kena pergi kerja juga. Banyak event yang perlu dihadiri. Dalam sebulan, rasanya hanya seminggu sahaja yang betul-betul free. Namun Abang Nara tak mengeluh sebab tahu inilah asam garam kehidupan mencari rezeki sebagai seorang blogger. Orang lain lagi hebat cabaran dan dugaannya. Setakat tak dapat berehat di hujung minggu apalah sangat kan?

Itulah antara beberapa cabaran yang perlu Abang Nara tempuhi sepanjang 2017. Kesemuanya memang memerlukan tenaga yang banyak. Jadi untuk memastikan bekalan tenaga diri ini sentiasa berterusan dan berkekalan, Abang Nara sentiasa memastikan ada Red Bull di sisi. Sekali minum, memang terasa badan dicaskan dengan tenaga sebelum melakukan apa-apa aktiviti. Terus aktif, cergas dan bersemangat!!! Memang power sungguh Red Bull ini.

Abang Nara pasti anda juga mempunyai cabaran, dugaan dan ujian tersendiri sepanjang tahun 2017 ini. Apa kata kongsikanya bersama Red Bull untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 di http://redbull.com.my/peraduanchargeahead/index.php. Senang je cara nak sertai peraduan “Red Bull Start Right, Charge Ahead” ini. Anda hanya perlu BELI, SIMPAN dan JAWAB sahaja. Peraduan ini telah bermula sejak 16 Oktober lalu dan akan berakhir 31 Disember ini. Mana tahu ada rezeki untuk anda menang? Bolehlah akhiri tahun 2017 dengan pengakhiran yang baik. Insya Allah.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan “Red Bull Start Right, Charge Ahead” ini sila layari http://redbull.com.my/peraduanchargeahead/cara.php. Selamat mencuba!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...