Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan akhirnya membuka cerita mengenai perjalanan rumah tangganya bersama bekas suami, Mohammad Aqbar Mohamad. Mengakui sudah ‘move on’ sepenuhnya, Amylea menyifatkan perkahwinan mereka sebagai satu fasa mencabar yang terpaksa ditempuh dalam diam.
Ketika ditemui OhBulan!, Amylea, 39, menjelaskan bahawa isu yang berlaku dalam rumah tangganya bukanlah perkara baharu. Namun, dia memilih untuk berdiam demi menjaga hati banyak pihak.
Sebab itu lah saya ambil masa. Sebenarnya lima bulan selepas kami berkahwin, hubungan tu dah tak berapa okay.
Menurut penyanyi Ku Bersalah itu, perkahwinannya mula retak seawal lima bulan selepas disatukan. Walaupun berusaha menyelamatkan rumah tangga, segala usaha tidak membawa hasil.
Selepas saya betul-betul dah move on, baru saya umumkan perceraian kami. Idah saya pun sebenarnya dah lama habis.
Saya ada dua talak, yang pertama pada Januari awal tahun dan talak kedua pula dua bulan kemudian (sekitar Mac).
Walaupun berdepan ujian rumah tangga, Amylea mendedahkan hubungan dengan keluarga mentua kekal baik dan erat—malah dia sangat rapat dengan anak-anak tirinya.
Ketika ditanya mengenai punca sebenar perceraian, Amylea menegaskan bahawa dia menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik dan tidak pernah meninggikan suara atau bersikap kasar.
Sebaliknya, dia menyatakan bekas suami mungkin belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Saya tak pernah ada salah dengan dia, tak pernah tinggi suara dengan dia dan saya menjadi seorang isteri yang baik.
Saya tak mahu bercerita, sebab orang boleh korek cerita tu dan ianya sangat memalukan banyak pihak. Tetapi apa yang boleh saya katakan, dia belum bersedia untuk jadi seorang suami.
Pada Oktober lalu, Amylea mengesahkan dirinya sudah bercerai dan tempoh iddah juga telah berakhir. Namun, tarikh tepat perceraian tidak dikongsikan kepada umum.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
