5 Buku Ini Dilarang Terbit, Dakwaan Mengandungi Unsur Lucah & Tak Bermoral

Trending

5 Buku Ini Dilarang Terbit, Dakwaan Mengandungi Unsur Lucah & Tak Bermoral

kdn_penerbitan_600‘Ajaran Makrifat Syekh Siti Jenar’ dan ‘Israk Mikraj: Tinjauan Saintifik Di Sebalik Kontroversi’ dua daripada lima penerbitan yang dikenakan perintah larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Larangan ini berkemungkinan memudaratkan ketenteraman awam dan mengandungi unsur-unsur yang boleh mengeliru dan merosakkan akidah umat Islam.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan berkata perintah larangan itu adalah mengikut Warta Kerajaan P.U.(A) 76 dan 77 bertarikh 29 Mac.

Advertisement

Penerbitan Sex, Pork, And Persecution: How’s One Young Man’s Fight Against Conformity Led to Imprisonment and Vilification pula dikenakan perintah larangan kerana mungkin memudaratkan kemoralan kerana mengandungi unsur-unsur lucah.

Ia dikenakan perintah larangan mengikut Warta Kerajaan P.U. (A) 85,88, dan 89 bertarikh 4 April 2016.

Manakala ‘Orang Ngomong Anjing Gong Gong’ diklasifikasi sebagai mungkin memudaratkan ketenteraman awam, mungkin memudaratkan keselamatan dan mungkin memudaratkan kemoralan kerana mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan norma serta etika moral masyarakat Malaysia.

Selain itu, Grey (Fifty Shades of Grey As Told By Christian) turut diambil tindakan larangan berikutan penerbitannya yang mungkin memudaratkan kemoralan kerana mengandungi unsur-unsur lucah, katanya.

“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,” tambahnya, lapor Bernama.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...