5 Bukti Kehidupan Di Korea Selatan Tidak Seindah Seperti Dalam K-Drama

Trending

5 Bukti Kehidupan Di Korea Selatan Tidak Seindah Seperti Dalam K-Drama

Hari ini,rata-rata anak muda memang merupakan peminat ‘fanatik’ drama korea. Sebut sahaja nama pelakon korea yang popular, pasti diorang mampu memberi senarai drama yang dilakonkan oleh pelakon terbabit.

Advertisement

Tapi di sebalik keindahan yang terpapar dalam drama korea tersebut, sebenarnya kehidupan sebenar masyarakat mereka tidaklah seindah begitu. Bak kata orang ‘indah khabar dari rupa’.

Nak tahu kenapa? Baca 5 bukti di bawah ini..

1. Musim Sejuk Yang Melampau

Kita selalu fikir musim sejuk itu indah dan romantis, memang benar, tapi tidak bagi masyarakat di sana.

Memang musim sejuk di Korea tidak separah di Rusia, tapi musim sejuk di Korea sangat menyukarkan pergerakan dan aktiviti harian masyarakat di sana.

Ditambah lagi debu kuning dari gurun-gurun di Mongol, badai dan angin yang kencang.

2. No ‘Relaks’ !

Warga Korea dikenali dengan budaya yang ‘bergerak laju’ atau tidak boleh terlalu relaks.

Cuba anda berkunjung ke stesen subway pada waktu jam kemuncak.

Anda akan melihat masyarakat di sana berlari ke sana dan ke mari, tanpa mempedulikan dengan keadaan sekelilingnya, mereka hanya ingin bergerak selaju yang boleh.

Hidup mereka sentiasa dikejar waktu dan ini dapat memberi tekanan pada kehidupan harian masyarakatnya.

3. Senior Itu Pembuli

Masalah buli menjadi perkara biasa di kalangan orang Korea, terutama mereka yang masih sekolah dan kuliah.

Umur atau tingkatan adalah hal yang penting bagi mereka, di mana yang tua atau bertingkat tinggi boleh membuli junior mereka sewenang-wenangnya.

4. Yang Cantik Dilayan Bak Raja!

Kalau sebut mengenai Korea, mesti anda terbayangkan gadis cantik berkulit putih dan lelaki kacak berkulit bersih. Tetapi di Korea semuanya berbeza.

Tidak ada yang salah dengan menjadi orang yang cantik rupawan, tapi Korea sudah sangat terpaku dengan gambar kecantikan sehingga mereka jadi sangat obses dengannya.

Mereka yang tidak cantik dilayan berbeza dengan mereka yang cantik. Disebabkan itulah masyarakat di sana memilih jalan singkat untuk cantik dengan pembedahan plastik.

5. Belajar Bagai Nak Rak

Di Korea, mereka yang masih bersekolah tidak akan pulang ke rumah sebelum jam 10 malam. Belajar disana bukan lagi satu pilihan tapi satu kewajiban.

Mereka belajar, belajar dan terus belajar. Biarpun tiada kerja sekolah mereka perlu duduk meja dan kerusi untuk membuat ulangkaji.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...