5 Bintang K-Pop Yang Paling Kaya

Trending

5 Bintang K-Pop Yang Paling Kaya

Pengaruh K-Pop sekarang adalah fenomena di seluruh pelusuk dunia. Kalau dulu Asia adalah tumpuan utama namun sekarang di Afrika, Amerika Selatan, Australia dan di mana-mana jua ada sahaja peminat setia mereka. K-Pop adalah eksport nombor 1 industri hiburan Korea.

Ia adalah industri billion dolar yang merangkumi segala bentuk hiburan dari muzik, TV Show, kepada filem-filem dan yang paling penting sekali ialah iklan-iklan.

Advertisement

Kebanyakkan bintang K-Pop ini bukan sahaja menyanyi tetapi menari, menjadi model dan berlakon. Mereka juga menjadi sebagai tanda fesyen kepada anak-anak muda sekarang. Mampukah mereka menandingi bintang-bintang pop Amerika? Mungkin tidak. Berikut adalah 5 bintang Kpop yang terkaya di dunia.

 

5. Lee Ji Eun (IU) – Nilai Bersih Kekayaan 15 Juta USD

IU
Lee Ji Eun adalah penyanyi, penulis lagu dan pelakon yang terkenal. Dengan nama pentasnya ‘IU” memulakan kariernya sebagai pelatih di LOEN Entertainment pada tahun 2007. Pada umur 15 tahun dia tampil dengan album debut ‘Lost and Found’.

IU menjadi popular melalui lagunya ‘Miya’ telah banyak menghasilkan album-album hit seperti ‘Growing Up’, ‘Marsmallow’ dan ‘IU, IM’. Dia juga banyak membintangi drama Korea seperti ‘You’re The Best’ begitu juga program-program hiburan sepeti ‘Happy Together’ dan ‘Heroes’.

 

4. Jung Ji Hoon (Rain) – Nilai Bersih Kekayaan 18 Juta USD

rain
Rain boleh dikatakan bintang asal KPop. Lahir pada tuhun 1982 di Seosan , dia adalah seorang artis yang mempunyai banyak bakat. Seorang pencipta lagu, penari, penyanyi, pelakon dan juga penerbit muzik.

Dia telah menghasilkan 7 album, 6 di Korea dan 1 di Jepun. Rain mempunyai syarikat hiburannya sendiri iaitu J.Tune Entertainment dan juga jenama pakaian sendiri yang dipanggil Six to Five.Pada tahun 2003 Rain telah berjaya membuat penampilan antarabangsa apabila mula berlakon di Hollywood. Di antara filem lakonannya adalah ‘Ninja Assassin’ dan ‘Speed Racer’.


 

3. Kwon Ji Yong ( G Dragon) – Nilai Bersih Kekayaan 22 Juta USD

gdragon
Kwon ji Yong atau nama pentasnya G Dragon adalah seorang penyanyi, penulis lagu, komposer, dan juga pereka fesyen. Dia merupakan ketua kumpulan Kpop Big Bang dan sehingga sekarang telah menulis lebih dari 22 lagu.

Pada tahun 2009, album yang berjudul ‘Heartbreker’ telah terjual sehingga lebih 200, 000 salinan di seluruh dunia. G Dragon pernah tersenarai di Forbes Asia Magazine sebagai manusia yang paling berpengaruh.G Dragon juga adalah model dan pereka fesyen. Dia mempunyai banyak koleksi kereta mewah termasuklah Lamborghini Aventador.

 

2. Choi Si Won – Nilai Bersih Kekayaan 35.6 Juta USD

si won
Choi Si Won adalah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan juga model telah dilahirkan pada tahun 1987. Dia adalah salah seorang ahli kumpulan Super Junior. Kekayaan Choi Si Won memang sudah dijangka kerana keluarganya adalah pemilik kepada rangkaian gudang Hyundai Department.

Dia sangat popular di negara China sehinggakan muka dia berada di setem pos. Kekayaan Si Won kebanyakkannya datang dari negara China di mana dia terlibat dalam filem, drama, program hiburan dan juga iklan-iklan di sana. Dia dijangka akan berada di tangga teratas artis Korea paling kaya sebaik sahaja mewarisi empayar ayahnya.

 

1. Park Jae Sang (PSY) -Nilai Bersih Kekayaan 45 Juta USD

psy
Di tangga pertama bintang KPop paling kaya adalah milik PSY. Di adalah penyanyi, pelirik, penerbit rekod, dan bermacam-macam lagi. Dia sangat popular sehingga digelar Raja YouTube apabila lagu ‘Gangnam Style’ dia telah mendapat tontonan lebih dari 1 billion.

Dengan kejayaan ‘Gangnam Style’, PSY telah mendapat pendedahan yang besar di Amerika dan telah tampil di banyak Talk Show seperti The Ellen Degeneres Show, Today Show, dan Late Night Talk Shows. Ada laporan mengatakan dengan Gangnam Style sahaja dia telah memperolehi 9 Juta USD.

Kekayaan PSY kebanyakannya datang dari muat turun muzik, royalti dan juga keuntungan iklan YouTube. Dikhabarkan PSY telah membeli sebuah kondominium mewah di Los Angeles bernilai 1.5 juta USD dengan tunai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...