Written by AbangNara | September 7th, 2017

Pejam celik pejam celik, 2017 sudah pun sampai ke bulan September. Pantas sungguh masa berlalu. Sepanjang 9 bulan ini, pelbagai berita kejayaan dan pencapaian hebat telah pun berjaya digapai oleh rakyat Malaysia sama ada di peringkat antarabangsa atau tempatan. Memang bangga dibuatnya. Antara kejayaan-kejayaan tersebut ialah:-

1. MRT siap dibina

coolblog

17 Julai 2017 menjadi tarikh yang penuh bersejarah buat rakyat Malaysia terutama mereka yang menggunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja. Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang akhirnya telah siap dan beroperasi sepenuhnya. Sebelum ini, fasa pertama laluan MRT yang meliputi Sungai Buloh – Semantan telah pun dibuka pada 16 Disember 2016. Dengan beroperasinya laluan fasa kedua MRT iaitu dari Semantan ke Kajang, rakyat Malaysia terutamanya di Lembah Kalang dapat bergerak dengan lebih mudah, pantas dan murah.

2. Rakyat Malaysia terlibat dalam penemuan “Supermassives Black holes”
coolblog

Penemuan “Supermassives Black holes” oleh sekumpulan saintis Amerika Syarikat merupakan satu berita besar yang mendapat liputan media masa dunia secara meluas. Apa yang lebih mengkagumkan dan membanggakan ialah salah seorang daripada saintis tersebut merupakan rakyat Malaysia. Nur Adlyka Ainul Annuar, 27 tahun yang merupakan seorang pelajar PhD telah pun membentangkan penemuannya itu di “229th meeting of the American Astronomical Society” pada awal Januari 2017 yang lalu. Ia satu detik yang cukup mengharukan dan membanggakan apabila melihat rakyat kita berdiri sama tinggi dengan saintis-saintis hebat Amerika Syarikat. Tahniah Nur Adlyka kerana telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

3. Azizulhasni dinobat sebagai juara dunia

coolblog

Penantian Malaysia untuk mempunyai seorang ahli sukan yang bergelar juara dunia (dalam sukan yang dipertandingkan di Olimpik) akhirnya menjadi kenyataan. Tanggal 13 April 2017, Azizulhasni Awang, pelumba basikal negara untuk acara Keirin berjaya menewaskan pesaing-pesaingnya untuk merebut gelaran juara di Kejohanan Dunia yang telah berlangsung di Hong Kong. Pecutan Azizul yang penuh bersejarah itu memang cukup mendebarkan. Kecut jantung melihatnya. Namun inilah kejayaan yang paling manis dikecapi Azizulhasni 10 tahun mencuba.



4. Penganjuran Sukan SEA yang penuh gilang-gemilang

coolblog

Ketika artikel ini ditulis, Malaysia sudah pun disahkan sebagai juara Sukan SEA yang ke 29 dengan pungutan sebanyak 145 pingat emas. Ia satu jumlah yang amat membanggakan. Apa yang lebih membanggakan ialah selaku tuan rumah, nama Malaysia dipuji oleh seantero dunia kerana penganjuran Sukan SEA kali ini dianggap terbaik dalam sejarah terutamanya ketika acara pembukaan. Apa pun tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam pengajuran Sukan SEA kali ini. Anda semua memang awesome. Kami selaku rakyat Malaysia dapat mendabik dada dan berbangga atas usaha keras anda. Terima kasih.

5. CoolBlog kini berwajah baru
coolblog

CoolBlog adalah satu jenama minuman dan pencuci mulut yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia ini. CoolBlog memang cukup popular dengan kiosknya yang berwarna pink dan juga menu-menu unik dan menarik yang disediakan. Untuk tahun 2017 ini, CoolBlog kini tampil dengan wajah baru yang lebih segar, moden dan menarik.

coolblog

Tetap mengekalkan warna pink yang sudah sinonim dengannya, logo baru CoolBlog kini tampil dengan latarbelakang hitam. Logo baru CoolBlog ini lebih menyerlahkan rasa “seronok”, moden dan inovatif yang ingin ditampilkan oleh syarikat ini. Lebih menarik, bersempena dengan wajah baru ini juga, CoolBlog kini tampil dengan tagline “#JomCool”.

coolblog

Memang tagline ini sesuai sangat dengan para pengunjung CoolBlog yang rata-ratanya muda dan remaja. Sambil makan sambil boleh kongsi gambar minuman dan pencuci mulut yang dibeli di CoolBlog menerusi Instagram dengan hashtag #JomCool. Last but not least, jangan terkejut pula dengan penampilan kiosk CoolBlog yang baru. Memang 100% berbeza dengan versi sebelum ini.

coolblog

Kiosk CoolBlog yang baru ini digelar “Cool Black”. Diperbuat daripada bingkai berwarna hitam, penampilan baru ini menyerlahkan ciri-ciri moden Malaysia, kepelbagaian budaya dan kekuatan di dalam perbezaan. Serius Abang Nara suka dengan wajah baru CoolBlog ini. Sekali tengok memang tampak sangat-sangat cool. Terasa nak lepak berjam-jam terus kat CoolBlog.

Maklumat lanjut tentang wajah baru CoolBlog ini boleh layari facebook.com/coolblog.my. Jangan lupa LIKE Facebook CoolBlog Malaysia untuk sebarang maklumat terkini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.