Tanggal 16 September ini, kita akan menyambut Hari Malaysia yang ke 54. Selaku seorang rakyat Malaysia, Abang Nara cukup berbangga dengan negara kita. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang sangat unik. Kita berlainan bahasa, berlainan budaya dan berlainan agama, namun dalam kebanyakan perkara, rakyat Malaysia mampu bersatu hati, bekerjasama, bergabung tenaga dan hidup penuh harmoni seperti sebuah keluarga.
Pasti ada yang skeptikal dengan kata-kata Abang Nara di atas kan? Tak dinafikan wujud segelintir pihak yang bersikap perkauman terutamanya di laman sosial. Ada juga kadangkala pergaduhan dan perbalahan berlaku kerana perselisihan pendapat, namun itu adalah satu perkara biasa yang terjadi di mana-mana negara. Gaduh-gaduh manja kata orang. Akan tetapi, 5 perkara ini mampu menyatukan hati rakyat Malaysia, tak kira bangsa, agama dan juga fahaman politik. Perkara-perkaranya ialah:-
Malaysia baru sahaja selesai menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA 2017. Sepanjang hampir 2 minggu ialah berlangsung, rakyat Malaysia telah menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada para atlet yang mengambil bahagian. Semua penyokong yang hadir tanpa mengira bangsa bersorak memberikan kata-kata semangat untuk atlet yang berjuang mengharumkan nama negara. Akhirnya, Malaysia dinobatkan sebagai juara Sukan SEA 2017.
Setiap kali pasukan Harimau Malaya beraksi di atas padang, kita akan dapat lihat puluhan ribu rakyat Malaysia yang sanggup turun stadium untuk memberikan sokongan. Contoh terbaik ialah ketika perlawanan akhir Sukan SEA baru-baru ini di antara Malaysia dan Thailand. Penuh satu stadium. Yang Melayu, yang Cina, yang India, yang Iban, yang Kadazan semua berdiri tegak menjerit sekuat hati memberikan sokongan kepada pemain-pemain Malaysia. Memang tegak bulu roma melihat semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia bab makan memang nombor 1. Lagi-lagi kalau makan free. Contohnya kalau ada rumah terbuka @ open house. Fuh!!! Memang penuh beb. Kalau rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India pun turut sama datang. Kalau rumah terbuka Hari Raya Cina, yang Melayu pun berpusu-pusu muncul. Masing-masing tak nak lepaskan peluang makan percuma dan juka menikmati juadah “special” yang hanya ada setahun sekali.
Ah. Durian adalah buah kegemaran hampir kesemua rakyat Malaysia. Bila tiba musim durian, berduyun-duyun manusia pencinta durian tanpa mengira bangsa dan agama akan berkeliaran mencari Musang King, Udang Merah, D24 dan juga Hor Lor. Kalau pergi ke gerai durian di SS2 tue, korang boleh tengok puluhan rakyat Malaysia duduk dengan tenang sambil menikmati keenakan durian sambil berborak-borak. Memang harmoni sungguh.
Rakyat Malaysia rata-rata memang suka makan ayam goreng. Dan ayam goreng terbaik sudah tentu ialah KFC. Kelazatannya tidak boleh ditandingi. Makan KFC sambil berborak-borak dengan kawan-kawan dan ahli keluarga memang menyeronokkan. Tetapi boleh ke 2 orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain memulakan perkenalan dan berkawan menerusi KFC?
Bersempena pelancaran menu terbarunya iaitu Bucket Bersama, KFC telah melakukan satu video ujikaji sosial yang cukup menarik. Dengan hipotesis “We’re not strangers. Just friends’ waiting to happen, beberapa individu yang tidak mengenali antara satu sama lain dengan latarbelakang yang berbeza telah diletakkan di dalam satu bilik. Masing-masing memang senyap dan awkward pada mulanya. Namun apakah yang terjadi selepas KFC Bucket Bersama dihidangkan? Jeng, jeng, jeng. Nak tahu kenalah tengok video di bawah.
Good job KFC atas video yang sangat awesome ini. Apa pula perkara-perkara yang anda rasa boleh menyatukan rakyat Malaysia selain daripada 5 perkara di atas? Kongsikan di ruangan komen.