5 Benda Yang Boleh Dilakukan Di Rumah Dengan unifi Sepanjang PKP Ini

Hiburan

5 Benda Yang Boleh Dilakukan Di Rumah Dengan unifi Sepanjang PKP Ini

Fuh. Pejam celik pejam celik, dah 3 bulan kita “terpaksa” duduk di rumah kerana PKP. Memang boleh mati kutu dan kebosanan dibuatnya, terutama jika tiada talian Internet yang pantas di rumah. Ha, Abang Nara bersyukur betul kat rumah nie dah lama ada unifi. Dengan unifi, macam-macam benda yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa terluang sepanjang PKP ini. Antaranya:-

1. Layan drama Korea sampai lebam

Advertisement

layan kpop sampai lebam

Sepanjang PKP ini, memang ramai yang jatuh cinta dengan drama-drama Korea. Iyerlah, heronya kacak , heroin pulak cun melecun. Jalan cerita pulak ada yang boleh membuatkan kita menangis, ada yang buat kita geram dan ada pulak yang unik sangat-sangat. Antara drama Korea yang femes sepanjang PKP ini ialah Crash Landing On You, World of Married, Itaewon Class dan macam-macam lagilah.

2. Work from Home tanpa tersekat-sekat

kerja dari rumah

Kredit – Forbes

Walaupun di”kurung”, kerja tetap perlu diteruskan. Inilah masanya untuk kita belajar Work From Home (WFH). Perkara paling utama untuk memastikan kelancaran WFH tak lain tak bukan ialah capaian Internet yang pantas. Dengan unifi, panggilan video kita sentiasa pantas, jelas dan tak tersekat-sekat. Tak adalah tengah-tengah syok bagi pendapat rupa-rupanya bercakap sorang-sorang. Hehehe.

3. Buat channel YouTube macam Pavithra

sugu pavithra

Kredit – Malay Mail

Ha, satu lagi benda best bila kita ada Unifi di rumah ialah kita boleh buat channel YouTube sendiri. Iyerlah, bila dah ada banyak masa di rumah, bolehlah memasak ke, menjahit ke, buat tutorial menyolek dan sebagainya. Kesemua itu boleh dirakamkan dan diupload ke YouTube untuk tatapan ramai. Silap-silap boleh jadi femes macam si Pavithra yang berkongsi resepi masakan Indianya tue. Bolehlah buat duit tambahan sikit-sikit kan?

4. Anak-anak boleh belajar secara online

belajar secara online

3 bulan PKP, bermakna 3 bulan jugalah anak kita tak pergi sekolah. Banyak benda yang tertinggal kalau PKP ini terpaksa diteruskan di masa hadapan. Nasib baiklah kecanggihan teknologi membolehkan anak-anak kita belajar secara online. Sekurang-kurangnya tak adalah diorang duduk tak buat apa-apa kan?

Dapatlah belajar apa yang patut. Yang pentiing, unifi kena ada barulah apa yang cikgu ajar secara online tue boleh jelas didengar. Dengar cerita sekarang mereka menawarkan promosi 30 hari unifi percubaan. Sama ada tengah Raya atau post Raya, memang wajib ada unifi ini.

5. Main game bersama keluarga tercinta

main game dengan keluarga

Satu lagi kelebihan unifi ialah walau banyak mana pun peranti yang menggunakannya, capaiannya tetap laju sekaligus membolehkan seisi keluarga enjoy untuk melakukan aktiviti atas talian bersama-sama. Anak-anak dengan iPad dan mak ayah dengan telefon pintar/komputer sama-sama bermain Roblox, MineCraft atau PUBG. Zaman dah moden, cara nak eratkan silaturahim punlah kena moden juga kan?

unifi home
Ha senang cakap, unifi memang wajib dipasang di rumah anda tak kiralah sama ada ketika PKP ini atau selepas PKP tamat nanti. Terlalu banyak benda baru yang boleh dicuba apabila kita ada capaian Internet yang laju dan stabil. Maklumat lanjut layari laman rasmi unifi



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...