Written by Bella | May 8th, 2019

Pejam celik pejam celik, tak lama lagi Ramadhan bakal tiba. Sebulan berpuasa, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula.  Ha, kaum Hawa pastinya ada yang sudah memulakan persediaan untuk memastikan sambutan raya tahun ini lebih meriah dan lebih best.

Setiap wanita pastinya mempunyai  “checklist” masing-masing untuk memastikan mereka bersiap sedia 100% menyambut Aidilfitri. Buat yang masih belum ada “checklist”, kami senaraikan beberapa benda yang WAJIB anda sediakan untuk memastikan raya kali ini  lebih meletop!!!

  1. Beli stok tudung

Tudung tak boleh ada setakat sehelai dua. Pagi raya ketika bersalam-salaman kena satu tudung yang “matching” dengan baju raya. Selesai sesi bersalam,   beraya rumah saudara mara kena pakai tudung lain dah supaya tak nampak sama dalam gambar. Lepas tue kena kira berapa banyak jemputan open house. Setiap jemputan tudung kena berbeza. Barulah nampak kita betul-betul beraya sakan!!

  1. Baju raya sedondon

Sekiranya anda sudah berkahwin dan mempunyai anak, tugas utama seorang wanita ialah memastikan seisi keluarga memakai baju raya sedondon di pagi Aidilfitri. Ia akan menyerlahkan  kegembiraan, keteguhan dan kemesraan family anda. Bila upload gambar ke Instagram pun nampak cun melecun!!! Confirm banyak LIKE.

  1. Pakai baju dalam yang selesa

Ha, nampak seperti satu perkara enteng, tetapi baju dalam yang baik sebenarnya sangat penting untuk memastikan anda selesa sepanjang hari ketika Aidilfitri.  Dengan sokongan baju dalam yang bagus, anda bebas bergerak dan melakukan apa sahaja aktiviti tanpa kekangan. Sebab itulah  koleksi bra Aqua Lily terbaru daripada Triumph adalah pilihan terbaik untuk Aidilfitri ini. Dengan 3 jenis pilihan iaitu Natural, Extra dan Ultimate, “push up bra” Aqua Lily ini boleh disesuaikan dengan apa sahaja fesyen baju raya anda.

Jika anda gemar kelihatan mempunyai saiz bra semulajadi gunakanlah koleksi ‘Natural’ untuk kelihatan seperti anda tidak menggunakan push up bra. Tahap “push up”nya tampak natural 100% kerana ia direka berdasarkan maklumbalas daripada pelanggan, memberikan pilihan mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Apabila anda menggunakan koleksi ‘Natural’, berkejar nak balik kerja pun senang sahaja dan tiada masalah untuk bulan puasa ini. Semuanya akan berjalan dengan lancar dengan koleksi Aqua Lily.

 

Rangkaian ‘Natural Push Up’ bra yang terbaru ini juga menyediakan potongan berbentuk kupu-kupu yang cukup feminin sekali. Anda kini boleh tampil lebih bergaya, yakin dan menarik sepanjang masa.

Terdapat dua pilihan lain untuk anda yang tidak mahu nampak semulajadi, iaitu ‘Extra’ dan juga ‘Ultimate’. Dengan memilih ‘Extra’ and boleh mendapatkan kesan push-up bra yang terbaik dimana ukuran kiri dan kanan payudara kelihatan sama dan sempurna. Ini disebabkan reka bentuk V-neck yang memikat mata dan hati. Ia dihias dengan sulaman bunga yang berbagai warna. Ia memang pilihan terbaik untuk anda yang ingin memukau secara semulajadi.

‘Ultimate’ pula untuk wanita yang ingin menambahkan keyakinan anda! Dengan reka bentuk menampakkan belahan payudara yang meningkatkan daya tarikan anda. Dengan mencantumkan microfiber cups dengan wayar magik yang amat lembut, bersama dengan padding yang boleh ditanggal,  ia membuatkan bra ini amat selesa sambil mewujudkan lurah yang mengiurkan.

Untuk makluman, bra Aqua Lily ini adalah 50% lebih ringan dan merupakan inovasi terkini daripada Triumph, sebuah syarikat yang memang dipercayai ramai dalam industri baju dalam ini. Paling best, rekaan Aqua Lily ini ada pelbagai, membolehkan anda membuat pilihan yang terbaik. Orang kata yakin di dalam, di luar pun yakin jugak. Tak gitu?  Jadi apa tunggu lagi, sebelum masuk bulan puasa ni ajaklah cik abang belanja sepasang di mana-mana store yang berdekatan dengan anda. Tekan link ini untuk lihat store yang terdekat.

  1. Sediakan kuih raya

Ha kalau tetamu datang beraya ke rumah tue, takkan nak bagi air sirap je kan? Kenalah sediakan kuih raya jugak. Paling kurang kena ada 5 jenis. Kuih samprit, kuih tat nenas, kuih almond London, kuih bahulu dan kuih makmur. Barulah tetamu gembira dan lepak berjam-jam beraya di rumah kita. Bolehlah borak sampai  tengah malam!!!

  1. Alat solek kena cukup!!

Ha bila balik kampung tue mesti ramai yang tertinggal alat solek kan? Pastue pagi raya kelam kabut tanya adik beradik nak pinjam eyerliner la, lipstick la, bedak la. Untuk raya tahun nie, pastikan korang tak ulangi kesilapan yang sama. Check dulu beg make up tue sebelum bertolak pulang ke kampung. Kalau rasa tak cukup, beli siap-siap.



11 responses to 5 Benda Wanita WAJIB Lakukan Untuk Persediaan Hari Raya!!!

  1. Anonymous says:

    salam abg nara…puasa bru aje nk masuk 3 ari…tp dh iklankan utk shopping raya..dh laa jual pakaian dalam wanita…haishhh malulaa bang nara…sy yg pompuan pun segan nak tgk lelagi di bulan ramadhan

    23

    1
    • faraj says:

      Ntah pape nk malu benda cmtu. Takyah la pk negative sgt. Positive skit.. sket2 nak negative. Haish.

      2

      7
      • Anonymous says:

        Otak kita yg negatif bila kita x boleh fikir benda apa yg bawak manfaat kesan positif kt org lain, dan benda apa yg akan beri kesan negatif pada org lain..

        Nara pn boleh fikir apa kesan tindakan dia ni..

        0

        1
  2. Anonymous says:

    aku baru nak komen benda yg sama..abg nara ni tak ada perasaan malu ke..

    13

    0
  3. Rin says:

    Woiii.. Agak agaklah sikit…tak de segan silu ke Dalam bulan suci ni iklan gambar perempuan memakai bra macam tu

    12

    0
  4. Axenz says:

    Sehaja aku berpuasa :)

    1

    0
  5. Anon says:

    Bn ni ruangan iklan sebenarnya.

    3

    0
  6. DX says:

    Husband and wife dengan air muka yang untrustworthy… Menakutkan. Running a show without responsibility. “Marilah bergosip dengan berhemah” caption tetapi ruang komen tidak hirau atau dipantau. Clickbait posts. Keji posts. Gossip murah posts. Sex posts. Judgmental posts. You can put as many disclaimers as you want to soothe your conscience but this is your show, your product, your name, your responsibility. And you have released so much negativity in this world, it shows on your face, your wife’s face…

    9

    0
  7. AKU says:

    abg nara x stim ke hahahaha

    0

    0
  8. bong cit says:

    bini abg nara tu pakai kain alas meja ke…berenda2 bagai…semak tgk tang tgn…hahaha

    0

    0
  9. Anonymous says:

    pose2 terscroll gambo bra plak…eh2 kau nara…

    0

    0

Leave a Reply to DX Cancel reply