5 Benda Paling Kotor Di Rumah Yang Kita Tidak Sedari

Kehidupan

5 Benda Paling Kotor Di Rumah Yang Kita Tidak Sedari

Seperti yang kita tahu, wabak penyakit Covid-19 yang melanda di seluruh negara telah meragut banyak nyawa tidak kira usia muda mahupun tua. Lagi-lagi sekarang ini, muncul pula pelbagai jenis varian baru yang terhasil daripada virus ‘Corona’ yang sedia ada.

Dengan kadar kes jangkitan yang seperti tiada surutnya, kita dinasihatkan supaya sentiasa kekal di rumah dan hanya keluar bila perlu sahaja selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Advertisement

5 years ago

Tips Mudah Untuk Mencuci Tuala Dapur Dari Kotoran Degil

Namun begitu, walaupun kita di dalam fasa stay at home, kita masih mampu untuk dijangkiti jika tidak menjaga kebersihan diri kerana virus serta bakteria ini tidak boleh dilihat menggunakan mata kasar.

Bukan kita sahaja yang perlu membersihkan diri malah semua benda yang ada dalam rumah juga perlu kerap dibersihkan. Bila sebut tentang benda paling kotor dirumah, mesti yang berada dalam kepala kita adalah tandas atau tong sampah.

Menurut Iluminasi, banyak lagi benda lain sebenarnya yang boleh jadi paling kotor jika kita tidak kerap membersihkannya.

 1. Remote televisyen (TV)

Remote televisyen (TV)

Alat ini sebenarnya sangat kotor kerana digunakan oleh hampir setiap orang yang berada di rumah. Jadi kita pun tidak tahu tangan yang memegang alat tersebut bersih ataupun kotor. Dari situ pun kita dapat bayangkan betapa banyaknya bakteria yang berkumpul pada alat tersebut.

Mungkin ada di kalangan ahli dalam rumah kita yang memegang alat tersebut selepas melakukan perkara yang terdedah kepada bakteria lantas boleh memindahkan bakteria itu ke alat tersebut.

Tidak susah pun sebenarnya nak bersihkan alat tersebut. Anda boleh lap alat tersebut dengan tisu pembasmi kuman atau tuala dengan air campuran alkohol. Pastikan anda keluarkan bateri alat tersebut dan lap di bahagian dalam tempat bateri itu juga ya.

2. Kepala paip

Kepala paip

Tanpa kita sedar, banyak sebenarnya bakteria di bahagian kepala paip kerana kita pasti akan menyentuhnya atau membuka paip terlebih dahulu sebelum memcuci tangan sama ada di tandas mahupun dapur.

Lebih teruk lagi, anda perlu menutup semula kepala paip yang telah tercemar selepas selesai mencuci tangan sekaligus membuatkan tangan anda masih mengandungi bakteria walaupun sudah dicuci.

3. Tombol dapur memasak

Tombol dapur memasak

Kita selalu membersihkan dapur akibat percikan minyak atau makanan yang terdapat di dapur ketika memasak. Namun, kita sering terlepas pandang untuk membersihkan sekali tombol dapur gas tersebut dan menyebabkan pembentukan bakteria yang banyak.

Untuk memastikan tombol tersebut sentiasa bersih, tanggalkan tombol itu dan rendamkan dalam campuran air panas berisi sabun seminggu sekali. Kalau lebih dari itu pun apa salahnya.

4. Papan pemotong

Papan pemotong

Papan pemotong yang selalu kita gunakan untuk memasak boleh terdedah kepada pelbagai bakteria yang berbeza yang berpunca daripada daging mentah, buah-buahan atau sayuran yang anda potong di atas papan tersebut.

Ia mampu untuk menjadi tempat pembiakan bakteria jika tidak dibersihkan dengan betul. Selain membersihkannya dengan cara yang betul, satu lagi inisiatif yang boleh anda lakukan ialah menggunakan papan pemotong yang berasingan untuk barangan dapur yang berbeza.

5. Span pencuci pinggan

Span pencuci pinggan

Susah untuk kita percaya namun inilah hakikatnya, span pencuci pinggan merupakan benda paling kotor yang berada di rumah. Span tersebut sebenarnya mengandungi ratusan juta mikroorganisma yang hidup padanya walaupun ia digunakan untuk tujuan membersih.

Kalau boleh, gantikan span pencuci pinggan anda setiap dua minggu sekali. Di samping itu, anda perlu kerap bersihkan span tersebut dengan cara yang betul. Penggunaan jaring pencuci juga adalah pilihan yang lebih baik.

Walau apa pun, anda dinasihatkan supaya selalu menjaga kebersihan diri dan benda yang ada di dalam rumah supaya terhindar daripada bakteria dan virus yang merbahaya ini. Kalau bukan kita yang jaga, siapa pula?

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...