5 Aplikasi Dekorasi Rumah Percuma Yang Perlu Anda Tahu!

Trending

5 Aplikasi Dekorasi Rumah Percuma Yang Perlu Anda Tahu!

Nak hias rumah tetapi tak mampu untuk melantik  pereka dalaman? Jangan risau, zaman digital sekarang menjadikan semuanya lebih mudah, semua dihujung jari. Anda boleh menjadi seperti seorang pereka dalaman profesional dengan bantuan aplikasi telefon pintar.

Dari memilih warna yang tepat untuk dinding ke penyusunan perabot di rumah, aplikasi dekorasi membantu anda dengan cara yang terbaik. Tidak kira berapa besar atau kecil rumah anda, anda akan mendapat garis panduan yang sempurna melalui aplikasi dekorasi yang akan menjadikan rumah anda kelihatan cantik dan menarik.

Advertisement

Kami akan kongsikan 5 aplikasi dekorasi rumah yang percuma dan mudah digunakan malah dapat membantu anda mendapatkan rumah impian.

Houzz

Percuma untuk iOS dan Android

Houzz adalah aplikasi dan laman web yang menyediakan semua tips dan bantuan untuk anda yang berkaitan dengan seni bina dan hiasan rumah. Juga telah diiktiraf oleh CNN sebagai “Wikipedia of interior and exterior design.” Mengandungi lebih 14 juta gambar resolusi tinggi untuk anda jadikan panduan dan idea menghias rumah malah boleh disimpan ke dalam “ideabook” anda. Terdapat juga fungsi lakaran untuk anda melakarkan idea terus pada gambar-gambar tersebut.

Photo Measures

Percuma untuk iOS dan Android (Lite Version)

Pernah membeli perabot yang cantik dan sempurna tetapi terlalu besar atau kecil  dan tidak sesuai untuk ruangan rumah anda? Perkara ini tidak akan terjadi jika anda memuat turun aplikasi photo measures. Ini adalah aplikasi yang boleh memberikan dimensi dan ukuran yang tepat untuk setiap objek dan ruang di rumah anda. Mudah sahaja, anda hanya perlu mengambil gambar mana-mana ruangan di rumah dan menambah ukuran pada gambar itu, jadi selepas ini tiada masalah perabot tidak sesuai lagi.

HomeStyler Interior Design

Percuma untuk iOS dan Android

Ingin melihat bagaimana susunan perabot dan aksesori dekorasi di rumah anda sebelum membelinya? HomeStyler membantu memvisualisasikan idea reka bentuk dalaman anda!

Anda hanya perlu mengambil gambar ruang tersebut dan ubah menjadi ‘virtual fitting room’ dalam bentuk 3D. Anda boleh mendapatkan trend dan inspirasi hiasan dalaman terkini serta tips melalui aplikasi ini dan merealisasikannya kepada rumah anda.

Try On Wall

Percuma untuk iOS dan Android

Teringin menghias dinding rumah menjadi seperti sebuah galeri tetapi tidak pasti susunan yang sesuai? Jangan risau aplikasi try on wall boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini. Ambil gambar dinding yang perlu dihiaskan, dan cuba susun atur frame ‘maya’ untuk melihat susunan yang sesuai serta memberikan anda bayangan yang jelas.

Adobe Color Capture

Percuma untuk iOS dan Android

Terjumpa padanan warna yang cantik dan sesuai untuk rumah anda  ketika berada di luar? Aplikasi daripada Adobe ini boleh membantu anda. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mengambil gambar padanan warna, bentuk atau corak yang menjadi inspirasi anda dan aplikasi ini akan memilih padanan warna yang sesuai.

Jadi tunggu apa lagi, anda boleh memuat turun aplikasi-aplikasi ini dan ubah rumah anda menjadi sebuah ‘istana’ impian.

Sumber: 1stdibs & Techgenyz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...