5 Aktiviti Yang Boleh Merosakkan Kulit Anda

Hiburan

5 Aktiviti Yang Boleh Merosakkan Kulit Anda

Sedar tak, sebenarnya aktiviti harian yang anda lakukan boleh merosakkan kulit wajah? Ini realiti yang ramai tidak sedar atau lupa sehinggalah masalah kulit mula timbul, barulah anda rasa risau dan tertekan.

Penjagaan kulit wajah memang sangat penting dan menjadi satu kewajipan terutamanya untuk kaum wanita. Tetapi kita tidak boleh lari dari faktor-faktor luar seperti gaya hidup yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi kulit wajah.

Advertisement

Kami akan kongsikan 5 aktiviti harian yang sebenarnya boleh merosakkan kulit wajah tanpa anda sedari.

Mengerutkan Mata

image

Anda tidak suka memakai cermin mata atau kanta lekap walaupun pandangan anda makin kabur? Pasti sukar untuk anda melihat sesuatu dengan pandangan yang terbatas dan secara automatik mata akan dikecilkan untuk pandangan yang lebih jelas. Mungkin anda fikir perkara ini hanya akan merosakkan mata sahaja, ternyata anda silap! Kulit wajah juga turut terjejas dengan tabiat ini berterusan, anda mungkin akan kelihatan tua sebelum usia.

Tidak Cukup Tidur

image

Waktu tidur yang terbaik ialah di antara enam hingga lapan jam. Mendapatkan waktu tidur yang cukup sangat bagus untuk mengekalkan badan dan minda yang segar. Bukan itu sahaja, tidur juga boleh memperbaiki dan menghidratkan kulit wajah anda. Tidur yang tidak cukup akan menjadikan kulit kusam dan membentuk lingkaran gelap bawah mata. Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup untuk kulit wajah yang lebih cantik.

Kurang Bersenam

image

Senaman membantu meningkatkan pengaliran darah dan memberi seri kepada wajah anda. Di samping itu, peluh yang keluar ketika bersenam dapat membuang toksik-toksik dalam badan dan sel-sel kulit mati.

Ini membolehkan sel kulit yang baru berkembang. Tanpa senaman yang teratur, anda mungkin akan melihat bintik-bintik penuaan cepat muncul di wajah.

Secondhand Smoker

image

Ya! Walaupun anda tidak merokok, berada di sekeliling perokok juga boleh memberi kesan buruk kepada kulit dan kesihatan anda. Malah kesannya akan menjadi lebih buruk daripada perokok sendiri.

Ia akan mempercepatkan proses penuaan dan kedutan kulit. Selain itu, kulit akan mudah menjadi kering dan mengelupas. Untuk para perokok, pastikan anda tidak merokok di kawasan awam.

Menggunakan Produk Yang Salah

image

Semua orang inginkan kulit wajah yang cantik dan sihat. Pasti anda sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pelbagai produk kecantikan yang kononnya dapat membantu mencantikkan kulit wajah.

Tetapi malangnya, penggunaan produk yang salah serta teknik yang tidak betul akan menjadikan kulit wajah semakin rosak dan bermasaalah. Jadi pemilihan produk dan teknik yang betul amat penting untuk memastikan anda mendapatkan kulit wajah idaman.

image

Produk pencuci muka yang terbaik bukan sahaja boleh membersihkan, malah dapat menyihatkan kulit wajah anda. Jika anda masih mencari pencuci muka yang yang sesuai, anda wajib mencuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser.

Ada mesti tertanya, apa yang membuatkan pembersih ini menjadi pilihan kami? Pada pendapat kami, Cetaphil Gentle Skin Cleanser mengandungi formula yang lembut dan tidak merosakkan kulit. Ini membuktikan kesesuaian bukan sahaja untuk kulit sensitive, malah semua jenis kulit.

Kebolehannya untuk membersih serta menanggalkan kekotoran sambil mengekalkan melembapkan kulit anda juga antara faktor penentu apabila seseorang itu memilih pencuci muka.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser bukan sahaja tidak menghasilkan buih dan pewangi, malah ia telah disyorkan oleh ramai pakar dermatologi di Malaysia!

Kepada anda yang ingin mencuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini, anda boleh membuat pembelian secara online di SINI atau ke farmasi terdekat anda. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Cetaphil Gentle Skin Cleanser serta keberkesanannya di SINI

Selamat Mencuba!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...