Kumpulan legenda era 90-an, 4U2C, baru-baru ini mengadakan majlis doa selamat sempena konsert reunion mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa ahli kumpulan serta individu yang terlibat dalam produksi konsert.
Namun, niat baik mereka untuk memohon kelancaran dan keberkatan konsert itu tidak terlepas daripada kritikan netizen. Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi @4u2c.official, majlis bacaan doa itu dikongsi dengan kapsyen menyatakan harapan agar segala urusan dipermudahkan.
Majlis doa selamat untuk semua yang terlibat dalam konsert 4U2C Reunite. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dilindungi dari sebarang musibah. Amin.
Walau bagaimanapun, segelintir netizen mempersoalkan tujuan majlis doa tersebut, kerana menurut mereka, konsert bukanlah satu majlis yang wajar didoakan keberkatan kerana dianggap sebagai acara yang melibatkan hiburan melampau atau ‘maksiat’.
Antara komen yang ditinggalkan,
Doa selamat untuk acara maksiat? Tak kena langsung.
Nak hiburan boleh, tapi jangan selindung di sebalik agama.
Kalau betul-betul nak berkat, buat majlis ilmu bukan konsert.
Namun, ada juga yang tampil mempertahankan kumpulan 4U2C dan menyifatkan tindakan mereka sebagai usaha untuk menormalisasikan keseimbangan antara hiburan dan nilai spiritual.
Untuk rekod, Konsert 4U2C Reunite merupakan usaha membawa kembali nostalgia muzik era 90-an dan bakal menyaksikan kemunculan semula ahli-ahli asal kumpulan yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.