49 Pekerja Proton Kini Disahkan Positif Covid-19

COVID-19

49 Pekerja Proton Kini Disahkan Positif Covid-19

Proton Holdings Berhad (Proton) tampil mengesahkan seramai 49 kakitangannya kini positif Covid-19 selepas menjalani ‘swab test’ wajib ke atas semua pekerja proton tempoh hari.

Menurut pihaknya, kesemua daripada mereka terdiri daripada pekerja di bahagian kejuruteraan dan kes telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Advertisement

“Buat masa ini, semua pekerja yang tidak perlu hadir secara fizikal di kilang Proton Shah Alam telah diarah untuk bekerja dari rumah,”

Dedahnya lagi, syarikat juga akan terus mengikuti langkah-langkah pembasmian yang disyorkan sambil mengambil tindakan yang lebih ketat bagi mengekang penularan wabak tersebut dari terus tersebar luas. 

Malah, Proton juga khabarnya yakin risiko penyebaran ke pihak luaran adalah rendah kerana ia tidak melibatkan pihak pelanggan.

Tegasnya, ia akan dipantau secara terperinci sebelum keputusan dan langkah seterusnya diambil bagi keselamatan dan keutamaan pekerja, pelanggan dan rakyat Malaysia. 

Advertisement

Aktiviti pengesahan kontak kini difahamkan sedang giat dijalankan dan pasukan khas Covid-19 juga akan memantau situasi terkini secara terperinci.

Terdahulu, pada 14 Oktober lalu, Proton mengumumkan seorang warga kerja mereka disahkan positif Covid-19. Pekerja yang bertugas di bahagian Penyelidikan dan Pembangunan di Shah Alam juga dikatakan sudah dihantar ke pusat rawatan kerajaan.

Sumber: Malaysia Gazette

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...