Bagaimana perasaan anda jika terdampar seorang diri di tengah laut?
Seorang remaja lelaki telah melalui situasi ini dan terselamat setelah 49 hari terdampar di Lautan Pasifik apabila bot kecilnya dihanyutkan angin yang sangat kencang.

Sumber: the telegraph
Aldi Novel Adilang, 19, bekerja sebagai penjaga lampu di rumah rakit terapung atau dikenali sebagai rompong, yang terletak kira-kira 125KM dari pesisir pantai Sulawesi Utara.
Dia perlu menghidupkan lampu-lampu di semua rakit perangkap ikan itu menggunakan penjana kuasa bertujuan untuk menarik perhatian ikan pada waktu malam selama enam bulan sejak April lalu.

Sumber: The daily mail
Setiap minggu, pemilik rakit akan menghantar seseorang untuk memungut hasil tangkapan dan memberi bekalan kepada Aldi seperti makanan, gas untuk memasak dan air bersih.
Namun pada 14 Julai 2018, angin bertiup sangat kencang menyebabkan tali yang menambat rakit terlepas sehingga menghanyutkan rakitnya.
Kapal-kapal perikanan dari Pangkalan Dua, Indonesia cuba menunggu Aldi di sekitar rakit yang lain. Walau bagaimanapun, rakit Aldi tidak melalui kawasan di mana mereka menunggu.
Selama beberapa hari, Aldi di lautan dan terpaksa bertahan dengan barang-barang di rakitnya. Setelah kehabisan bekalan, dia menangkap ikan dan minum dengan menghirup air laut daripada bajunya yang basah untuk mengurangkan rasa masin.
Seorang pegawai konsular Indonesia dari Osaka, Jepun, berkata,
“Setelah dia kehabisan gas memasak, dia membakar pagar kayu rompong untuk membuat api untuk memasak.”

Sumber: cdn
Selama berada di atas lautan, dia tak pasti sama ada dia akan terselamat kerana telah melepasi 10 kapal dan meminta pertolongan tetapi tiada siapa pon yang sedar.
Pada 31 Ogos, Aldi melihat kapal tangki berdekatan dan menarik perhatian kapten apabila dia menukar radio ke frekuensi kecemasan. Krew kapal tangki berjaya membawanya naik ke atas kapal, menyelamatkannya dari gelombang yang kuat.
Kapal yang menyelamatkan Aldi dilaporkan berlayar di bawah bendera Panama, dan dia sebenarnya diselamatkan berhampiran wilayah kecil Amerika Guam, yang terletak kira-kira 3,100km dari Sulawesi.
Dia kemudiannya dihantar ke Jepun di mana beliau dapat dibantu oleh kedutaan Indonesia dan kemudiannya bersatu kembali dengan keluarganya pada awal bulan September.