Mungkin ramai di kalangan anda yang pernah membaca novel tulisan Aisya Sofea, iaitu Adam dan Hawa. Novel ini telah diadaptasikan dalam bentuk drama dan kini sedang menunggu masa tayangan saja. Dikhabarkan drama ini akan ditayangkan hanya di Astro Mustika HD mulai 27 Ogos, Isnin hingga Jumaat jam 9.00 malam.
Watak utama untuk drama ini iaitu Adam Mukhriz dilakonkan oleh pelakon kacak yang tidak asing lagi dengan magika telenovelanya iaitu Aaron Aziz, bergandingan dengan Nadiya Nissa yang melakonkan watak Ain Hawani. Turut membintangi drama ini ialah bekas peserta Dewi Remaja 2010 iaitu Anzalna Nasir yang melakonkan watak Dee, serta pelakon-pelakon seperti Puteri Sarah Liyana, Lydiawati dan lain-lain. Drama ini diarahkan oleh Feroz Kader dan ada 80 episod kesemuanya.

Difahamkan juga yang pelakon-pelakon yang membintangi drama ini dipilih sendiri oleh penulis novelnya iaitu Aisya sofea. Lagi 45 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Facebook Adam dan Hawa.
suzana
November 30, 2012 at 12:20 am
watak nadiyya nissa sebagai ain hawa memang best..i like….dia memang cantik bila bertudung litup….
ali
November 21, 2012 at 5:39 pm
drama adam dan hawa satu-satunya drama melayu yag menampilkan heroin paling hodoh sekali kat malaysia………………..
hushhushh
November 21, 2012 at 9:00 pm
mcm engkau tu ensem sngt?ckp tu berlapik sikit ngokkk laa
sweetcookies
November 16, 2012 at 9:54 pm
mmg la dlm novel tu adam mukhriz mix..tpi,x kn nk tiru sebijik-sebijik.nadiya nisaa ok ape..die natural.saya rasa hero cariand heroin die ok..klu nk cari pelakon yg cantik tpi x pandai brlakn buat ape.
Anonymous
November 16, 2012 at 9:56 pm
*saya rasa hero and heroin(pembetulan)