45 Minit Jadi Siang, 45 Minit Jadi Malam. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Pengalaman Solat Di Angkasa

Trending

45 Minit Jadi Siang, 45 Minit Jadi Malam. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Pengalaman Solat Di Angkasa

226361main_2001_station_b_full

Setiap 45 minit, sudah jadi siang. Kemudian 45 minit lagi jadi malam. Kita kena solat 80 kali. Bermakna setiap lima minit saya kena bersolat.”

Itu persoalan pertama ditimbulkan angkasawan pertama negara, Sheikh Muszaphar ketika menceritakan pengalamannya melakukan ibadah solat di angkasa lepas pada sembilan tahun lalu.

Advertisement

Menurut Muszaphar, kitaran bumi yang berputar setiap 90 minit mengelirukan waktu bersolat ketika berada di angkasa

Untuk menjelaskan kekeliruan itu, Muszaphar berkata dia turut berbincang dengan ulama dunia dan Jakim mengenai perkara tersebut.

Jadi apa yang saya buat? Saya berbincang dengan ulama dunia tentang cara bersolat dan saya rujuk Jakim tentang berapa kali saya perlu bersolat.

Keputusannya, saya hanya perlu bersolat sebanyak lima kali sehari mengikut waktu solat di Kazakhstan,”katanya ketika ditemui pada program Temu Mesra Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar bersama Salizhan Sharipov di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Selain itu, Sheikh Muszaphar juga berkata ketika solat kakinya terpaksa diikat ketika melakukan solat.

Ketika sujud (semasa solat), kaki saya terpaksa diikat bagi mengelakkan saya terapung,” kata angkawasan negara itu sambil menambah ianya hanya prosedur biasa memandangkan keadaan di angkasa lepas yang bebas graviti.

Bercakap mengenai wudhuk pula, Muszaphar berkata dia cuma menggunakan kaedah tayamum ketika melakukan solat.

Saya hanya tepuk-tepuk dinding di ruang kapal angkasa, kemudian sapu di muka. Saya tepuk lagi dinding pada kapal, kemudian sapu di lengan pula, begitulah cara saya berwuduk,” katanya lagi sebagaima lapor Sinar Online.

Sungguh menarik pengalaman yang pernah mengikuti ke angkasa lepas beberapa tahun yang lepas. Sebagai yang beragama Islam, walau sesukar mana cara menunaikan solat, ia tetap menjadi kewajipan utama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...