445 Pelajar Berhenti Sekolah Kerana Ingin Berkahwin – Menteri Hal Ehwal Agama

Berita

445 Pelajar Berhenti Sekolah Kerana Ingin Berkahwin – Menteri Hal Ehwal Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad memaklumkan bahawa seramai 445 pelajar sekolah telah dilaporkan tidak menamatkan sesi persekolahan dengan alasan ingin mendirikan rumah tangga.

Dr Maszlee isu budak sekolah berhenti
2 years ago

"Kau Selamatkan Negara Dan Bangsaku.." Dr Maszlee Bimbang Rekod Pelajar Berhenti Sekolah Meningkat

Advertisement

Ujar Idris, jumlah itu merupakan rekod bagi tempoh tahun 2020 sehingga kini, seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.

Kahwin Bawah UmurSumber : Google  

Daripada 445 orang pelajar, pecahan jantina adalah 411 bagi pelajar perempuan dan 34 orang lagi adalah pelajar lelaki.

Jelasnya, permohonan untuk perkahwinan di bawah umur bagi orang Islam hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah.

Kahwin bawah UmurSumber : KPWKM Web 

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri menetapkan mana-mana pemohon di bawah umur minimun yang hendak berkahwin hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Hakim Syarie.

Statistik itu dikemukakan Idris bagi menjawab soalah Fuziah Salleh (PH-Kuantan) yang meminta kerajaan mengemukakan jumlah pelajar yang berhenti sekolah untuk berkahwin ketika pandemik.

Maklum Idris lagi, negeri Sarawak mencatat rekod tertinggi iaitu 183 kes, diikuti Sabah (86), Kelantan (43), Pahang (38), Terengganu dan Perak masing-masing 21 kes.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...