44% Penghidap HIV Baru Daripada Kalangan Pelajar Universiti – Dr. Zaiton Yahaya

Gaya Hidup

44% Penghidap HIV Baru Daripada Kalangan Pelajar Universiti – Dr. Zaiton Yahaya

Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah telah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti seksual.

Memetik laporan Buletin TV3, Setiausaha Kehormat Majlis Aids Malaysia (MAC) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF), Dr. Zaiton Yahaya berkata kebanyakan mereka berusia 20 hingga 29 tahun antara 44 peratus golongan yang dikesan mendapat jangkitan HIV.

Advertisement

hiv test kit

Bagi pelajar sekolah berusia 13 hingga 19 tahun dengan empat peratus disahkan mendapat HIV, dan kebanyakan mereka disebabkan kegiatan seksual.

 

Golongan tertinggi adalah remaja lepasan sekolah dan universiti, mereka tidak mengetahui risiko jangkitan, kes-kes jangkitan HIV akibat dadah dilihat makin berkurangan disebabkan kita kerap melakukan program kesedaran mengenai bahaya berkongsi jarum suntikan.

Beliau turut menjelaskan program kesedaran akan dipertingkatkan agar pesakit tahu di mana mereka boleh mendapatkan bantuan susulan jangkitan akibat aktiviti seksual yang kian meningkat.

Dr Zaiton turut berkata, disebabkan peningkatan ketara golongan ‘mentah’ ini, pihaknya mengadakan pelbagai program kesedaran mengenai jangkitan HIV di sekolah dan universiti.

kempen kesedaran hiv

Sejak 1986 hingga 2023, sebanyak 135,035 kes HIV direkodkan, dengan 54,365 kes berpunca daripada hubungan seksual.

Terkini, lapan kes baharu turut melibatkan kanak-kanak bawah usia 13 tahun.

Sebanyak 62 peratus jangkitan berlaku dalam kalangan homoseksual dan biseksual, manakala 33 peratus melibatkan pasangan berlainan jantina.

Sebagai langkah pencegahan, MAC dan MAF melancarkan ProtectNow Hub iaitu sebuah platform digital pertama di Malaysia yang menyediakan akses kepada PrEP (Profilaksis Pra-Pendedahan), ujian kendiri HIV, dan sokongan kesihatan mental.

Platform ini bertujuan membantu individu membuat keputusan kesihatan secara tepat tanpa stigma.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

22 hours ago

Kluster Wabak Misteri Dikesan Di Yan, Pelajar Sekolah Antara Yang Terkesan - "Alami Lepuh, Muntah & Cirit Birit"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...