Written by AbangNara | April 11th, 2017

Pada 7 dan 8 April lalu, telah pun berlangsung [email protected] anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bertempat di Dataran Tanjung Emas, Muar dengan kerjasama kerajaan Negeri Johor, Yayasan Warisan Johor dan Pejabat Daerah Muar. Kemeriahan [email protected] memang boleh dirasai apabila melihat pelbagai aktiviti dengan ribuan pengunjung menghadiri untuk melihat sendiri keunikan seni muzik tradisional bangsa Melayu. Terasa rugi pula tidak dapat hadir untuk menghayati keindahan muzik Ghazal yang cukup menghiburkan.
ghazal@muarPerkataan ghazal yang merupakan muzik tradisional dari Johor mempunyai banyak makna. Salah satunya dalam bahasa Turki Ghazal di ambil dari perkataan “Gazel” yang bermaksud puisi manakala bahasa Arab, Ghazal membawa maksud “berbicara dengan wanita dan perkataan Ghazal juga di panggil “Gamat” yang membawa maksud riuh atau muzik rancak. Antara lagu-lagu yang sering dimainkan adalah seperti Sri Mersing, Siti Payung, Patah Hati, dan Seri Banang. Alatan muzik yang digunakan adalah seperti peri harmonium, tabela/tabla, violin, gambus, gitar, tamborin dan marakas. Namun sudah tentu yang paling popular adalah “Ghazal Untuk Rabiah” dendangan Jamal Abdillah dan M. Nasir.

ghazal

Antara aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sepanjang [email protected] ialah pameran agensi kerajaan persekutuan, negeri dan swasta, karok suka-suka, permainan tradisional, demonstrasi, pelbagai pertandingan rakyat, sudut interaktif seni budaya, jualan, Borak teater bersama Tokoh Seni Budaya Negeri Johor, kenduri rakyat dan gotong royong komuniti. Kesemua program yang akan dilaksanakan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan pelancong dan hadir ke daerah Muar. Bagi menarik minat generasi muda, pelbagai aktiviti disediakan seperti buskers Ghazal, gubahan buah dan hantaran, Pertandingan Bintang Remaja Irama Malaysia, Pertandingan Kompang Daerah Muar, pertandingan memperagakan pakaian tradisional dan banyak lagi.

ghazal@muar

Keunikan yang ingin ditonjolkan dalam penganjuran program kali ini ialah penglibatan generasi Ghazal baru dan lama. Artis terkenal Ramlah Ram yang merupakan anak jati Muar, Johor merupakan salah seorang penyanyi yang bermula dengan seni muzik Ghazal yang diwarisi dari ayah beliau. Ramlah Ram yang popular dengan lagu “Diam-diam Jatuh Cinta” dan “Selamat Jalan Romeo” turut mempopularkan muzik Ghazal dengan mengadakan persembahan ghazal di dalam dan luar negara.

Turut terlibat dalam [email protected] ialah Mohd Rozaidy Shukry atau dikenali sebagai Roger Kajol merupakan anak kelahiran Johor Bahru. Roger mula bertapak dalam dunia seni setelah menjadi Juara dan Naib Juara dalam Pertandingan Bintang Irama Malaysia dan Bintang Asli Kebangsaan peringkat Negeri dan Kebangsaan. Kejayaan kerjaya beliau dalam memartabatkan lagu-lagu tradisional dengan menyertai pelbagai pertandingan dan aktiviti seni muzik tradisional di dalam dan luar negara antaranya Juara ke 4 mewakili Malaysia dalam program Realiti TV Indosiar, Jakarta Indonesia, Academy Asia 2. Antara artis tempatan yang akan turut sama ialah Abdul Rahman Kamaruddin, Wahida Abdul Rahman, Asiah Mohd Amin (Norsiah), Kumpulan Ghazal Sri Saujana Muar, Persembahan Ghazal Kanak-Kanak dari SK Bandar Pontian, Kumpulan India dari Sri Raayar Fine Arts, Artis Budaya Yayasan Warisan Johor dan Artis Budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor.

ghazal@muar

Lagi gambar-gambar sekitar kemeriahan [email protected] dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.jkkn.gov.my dan juga Facebook JKKN.

ghazal1

ghazal2

ghazal3

ghazal4

ghazal5

ghazal6

ghazal7

ghazal8

ghazal9

ghazal10

ghazal11

ghazal12

ghazal13

ghazal14

ghazal15

ghazal16

ghazal17

ghazal18

ghazal19

ghazal20

ghazal21

ghazal22

ghazal23

ghazal24

ghazal25

ghazal26

ghazal27

ghazal28

ghazal29

ghazal30

ghazal31

ghazal32

ghazal33

ghazal34

ghazal35

ghazal36

ghazal37

ghazal38

ghazal39

ghazal40

ghazal41

ghazal42

ghazal43

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to (44 GAMBAR)Sekitar Kemeriahan [email protected]

  1. pelik bin ajaib says:

    nape tak de komen kalau issue ni? hahahaha

    1

    0
  2. senjakala says:

    nak komen mcm mana? aku tak peluang nk g muar. lama dh tk mkn mee rebus muar….hari 2 g JB mkn mee rebus. napa dh tk sedap mcm dulu2? org johor boleh rekomen mee rebus yg sedap sampai menjilat jari?

    1

    0
  3. Ayusofi says:

    Rojer Rozaidi Syukri adlh antara penggiat Ghazal muda masa kini…
    Mmg best!!!

    0

    0
  4. KiahPropa says:

    Meh sini akak komen.Pertunjuoan zapin takde ke? Akak dl teringin nak belajar zapin. Kawan2 dari Johor kebanyakannya pandai berzapin. Ewahhhh

    2

    0
  5. Mak Becok says:

    Cemburulah kat rakyat Johor!! Patut acara tradisonal hebat bangsa Orang Asal/Indigenous Islam/Melayu kita ni dibuat di seluruh Malaysia! Tentu merdunya suara Datuk Ramlah Ram hebat kita menyanyikan lagu Sri Mersing…..mendayu2…..

    Bahkan begitu segak & jelita kita berbaju Melayu/bersampin/bertengkolok; dan juga berbaju Kebaya kita yg. makin hilang ditelan zaman!

    3

    0
  6. guitar_ib says:

    Assalam..
    Sedikit Pembetulan..
    Nama kumpulan Ghazal yg bermain dalam acara utama [email protected] ialah Orkes (Ghazal) Irama Perindu. Bukan Saujana Ghazal Muar.
    Terimakasih…

    1

    0
    • guitar_ib says:

      maaf..
      yg saya nak tulis di komen saya ialah Ghazal Sri Saujana Muar bukannya Saujana Ghazal Muar..

      0

      0
  7. Mohd Aswad says:

    bagus program mcm ni… blh perkenalkan kepada dunia luar warisan asli di malaysia nih..

    0

    0
  8. hakak cun says:

    bangga nya jadi org muo..terbaik lah..harap2 tiap2 tahun buat

    0

    0