Pejam celik pejam celik, kita sudah pun hampir ke 10 malam terakhir Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Amcam puasa korang? Cukup tak? Sembahyang terawih buat tak? Bak kata para ustaz, 10 malam terakhir inilah kita nak gandakan lagi usaha kebaikan, kebajikan dan ibadah untuk mengejar LailatulQadar.
Salah satu amalan yang digalakkan di bulan Ramadhan ini ialah bersedekah. Insya Allah jika kita ikhlas, berlipat kali ganda pahala sedekah yang diterima di bulan Ramadhan berbanding bulan biasa. Macam-macam cara nak sedekah sekarang ini. Boleh sedekah wang ringgit masa solat terawih, boleh belanja kawan-kawan buka puasa dan yang paling mencurit perhatian Abang Nara ialah membuat ibadah aqiqah dan juga majlis berbuka puasa untuk umat Islam di luar negara yang kurang bernasib baik yang disediakan oleh Zabeeh Services Sdn Bhd.
Abang Nara pernah ceritakan tentang pengalaman menggunakan perkhidmatan daripada www.zabeeh.com.my ketika Hari Raya Haji tahun lepas. Alhamdulillah segala sijil pengesahan qurban yang dijanjikan oleh Zabeeh telah pun selamat Abang Nara terima. Untuk Ramadhan ini, Abang Nara berniat nak gunakan sekali lagi perkhidmatan Zabeeh Services Sdn Bhd untuk ibadah akikah serta majlis berbuka puasa buat umat Islam di negara seperti Indonesia, Myanmar, Filipina, Kemboja, Bangladesh, India dan Thailand. Seperti yang kita tahu, umat Islam di negara-negara ini tidaklah bernasib baik seperti umat Islam di Malaysia. Kadangkala nak buka puasa pun lauk tak ada.
Abang Nara pasti ramai yang berminat untuk melakukan ibadah akikah dan majlis berbuka puasa sempena Ramadhan ini. Zabeeh Services Sdn Bhd masih membuka tempahan untuk mereka yang ingin melakukannya. Ada beberapa cara mudah untuk anda melakukannya. Meh sini Abang Nara kongsikan beberapa caranya (pilih salah satu sahaja):-
1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada “Daftar Aqiqah Onlineâ€.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online dan tulis “Saya Nak Aqiqahâ€.
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan “Saya Nak Aqiqahâ€.
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567
Insya allah segala amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini, terutamanya di 10 malam terakhir ini akan diterima olehNya. Yang penting niat kena ikhlas. Ibadah akikah dan majlis berbuka puasa daripada www.zabeeh.com.my ini hanya salah satu cara sahaja. Kalau mampu, boleh cuba. Kalau tak mampu, banyak lagi cara untuk kita melakukan amal ibadah. Semoga apa yang kita lakukan mendapat pahala dan dapat membantu umat Islam di negara-negara yang kurang bernasib baik. Maklumat lanjut layari www.zabeeh.com.my dan juga Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online.