43 Kluster Baharu Libatkan Tempat Kerja Dalam Tempoh Tiga Hari ‘Lockdown’ – KKM

Trending

43 Kluster Baharu Libatkan Tempat Kerja Dalam Tempoh Tiga Hari ‘Lockdown’ – KKM

Terkini, data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan sebanyak 43 kluster baharu melibatkan tempat kerja. Lebih menggusarkan adalah, data ini diambil dalam tempoh tiga hari sekatan pergerakan penuh fasa pertama dilaksanakan.

Daripada jumlah tersebut, sektor pembuatan mencatatkan sebanyak 19 kluster baharu manakala perkhidmatan (16), pembinaan (5) dan pentadbiran awam (3).

Gambar Hiasan

Kluster tersebut turut mencatatkan sebanyak 1,130 kes positif Covid-19 hasil daripada 6,830 saringan yang dibuat.

Berdasarkan data yang dikutip dari 1 hingga 3 Jun ini juga menunjukkan sektor pembuatan mencatatkan jumlah kluster baharu yang tinggi.

Advertisement

Bagi negeri-negeri pula, Johor mencatatkan sebanyak 11 kluster baharu tempat kerja, paling banyak berbanding negeri lain.

Daripada jumlah tersebut, sektor pembuatan mencatatkan jumlah kluster baharu terbanyak iaitu enam.

Sementara itu, Selangor mencatatkan sebanyak 10 kluster baharu, diikuti, Pulau Pinang (5), Kelantan (4), Sarawak (4), Perak (3) dan Kuala Lumpur (2).

Negeri Sembilan, Pahang, Sabah serta Putrajaya pula, masing-masing mencatatkan satu kluster baharu tempat kerja.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja menunjukkan peningkatan lewat kebelakangan ini dan situasi itu dilihat cukup membimbangkan.

Gambar Hiasan

Berdasarkan kutipan data sepanjang  1 April sehingga 27 Mei lepas, sebanyak 287 kluster tempat kerja dikesan dengan 17,087 kes. Angka ini bukanlah satu perkara yang harus dipandang ringan.

Menurutnya, daripada jumlah kluster tempat kerja yang dikesan, kini terdapat 233 kluster yang masih aktif dengan 16,785 kes.

Advertisement

Setakat ini, sektor pembuatan mencatatkan bilangan kluster tertinggi iaitu sebanyak 132 kluster (46 peratus) manakala sektor perkhidmatan pula mencatatkan 57 kluster (20 peratus).

Semoga kluster ini dapat berkurangan dan mencapai nilai sifar. Patuh SOP dan amalkan penjarakan fizikal. Semoga situasi ini dapat dikawal terutamanya buat pihak yang berwajib.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...