Sebanyak 420,000 pengguna di kawasan daerah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air bermula dari 14 hingga 17 Julai ini.
Menurut Ketua Operasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abas Abdullah, gangguan itu akibat kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3.
Kerja penambahbaikan itu merangkumi penggantian beberapa rangkaian injap utama untuk meningkatkan kecekapan sistem dan membolehkan LRA beroperasi dengan lebih baik.
“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan dan bergantung kepada lokasi geografi dan tahap ketinggian premis pelanggan.”
Abas Abdullah turut berkata, pemulihan bekalan air ke kawasan terlibat akan bermula 9 pagi pada 15 Julai. Air Selangor juga membuat anggaran 48% daripada semua kawasan terjejas akan mendapat bekalan air sebelum 9 pagi 16 Julai, diikuti 80% kawasan terlibat 9 pagi pada 17 Julai.
Air Selangor juga akan menggerakkan 91 lori tangki air ke kawasan terjejas dengan mengutamakan premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. Lapan pusat khidmat setempat (PKS) akan dibuka dan mereka turut menyediakan enam pili air awam dari 16 dan 17 Julai untuk membantu pelanggan yang terjejas.
Senarai lengkap kawasan terjejas dan waktu pemulihan bekalan air, lokasi PKS, pili air awam dan stesen pengisian air setempat boleh dirujuk di laman sesawang Air Selangor atau melalui aplikasi telefon pintar.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.