420 Batu Karang Dikeluarkan Dari Buah Pinggang Lelaki China

Trending

420 Batu Karang Dikeluarkan Dari Buah Pinggang Lelaki China

Para doktor di Hospital Rakyat Dongyang di wilayah Zhejiang berjaya mengeluarkan sejumlah 420 batu karang dari buah pinggang kiri seorang lelaki Jumaat lepas.

420-kidney-stones1

Advertisement

Pesakit itu yang bernama He, berjumpa doktor bulan lepas setelah menderita sakit perut. Doktor dan He terkejut mendapati imbasan CT menunjukkan bahawa buah pinggang kirinya penuh dengan batu karang. Menurut salah seorang doktor yang mempunyai pengalaman merawat selama lapan tahun:

Saya tak pernah lihat batu karang sebanyak ini. Buah pinggangnya pasti tidak akan dapat berfungsi lagi jika dia menunggu lebih lama. Akibatnya keseluruhan buah pinggang perlu dikeluarkan.

Lelaki itu memberitahu, 20 tahun yang lalu pernah menjalani prosedur untuk mengeluarkan 10 batu karang dari buah pinggang kirinya. Kali ini, doktor menggunakan forsep untuk mengeluarkan batu itu satu persatu dalam satu operasi selama dua jam.

420-kidney-stones2

Kami menghabiskan 45 minit untuk mengeluarkan kesemua batu karang yang kecil sahaja. Setelah pembedahan, tangan dan kaki saya rasa kebas.

Adalah dipercayai bahawa penyebab utama lelaki itu menghasilkan batu karang ialah makanan hariannya iaitu tauhu gipsum, satu makanan tempatan yang popular serta mengandungi kadar kalsium sulfat yang tinggi. Dia juga mempunyai tabiat buruk iaitu tidak minum air.

Wei Yubin, seorang doktor di hospital itu memberitahu:

Produk soya, terutamanya tauhu gipsum mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Ia takkan dikeluarkan oleh badan jika tidak minum dengan cukup.

Rasa sunyi bila berbuka puasa di hujung minggu?Jangan bimbang anda akan kesunyian.Jom kita berbuka puasa bersama…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 8 June 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...