Raja Farah dan Iskandar Ismail nampak seperti pinang dibelah dua. Senyuman pun tampak lebih kurang sama. Memang seiras sangat-sangat wajah pasangan pengantin baru ini. Semoga masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Suka Abang Nara melihat pancaran sinar kebahagiaan di wajah mereka berdua.
Malam semalam, satu majlis berinai dan bersiram telah pun diadakan sempena majlis pernikahan yang telah berlangsung hari ini. Seronok juga tengok pengantin perempuan kena siram-siram ini.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Raja Farah dan Iskandar Ismail atas perkahwinan ini. Semoga bahagia sehingga ke syurga. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan dan malam berinai dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar EddiePhotoVideo.