41 Sekolah Ditunda Sesi Persekolahan Kepada 18 dan 19 Januari

Trending

41 Sekolah Ditunda Sesi Persekolahan Kepada 18 dan 19 Januari

Sesi persekolahan 2015 bagi 41 sekolah iaitu empat di Kelantan, 18 di Pahang dan 19 di Perak, ditangguhkan seminggu lagi berikutan masih terbabit dengan banjir.

Berikutan itu, tarikh baharu permulaan sesi persekolahan di sekolah terbabit ialah Ahad, 18 Januari bagi sekolah di Kelantan dan Isnin, 19 Januari bagi sekolah di Perak dan Pahang.

Advertisement

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata penundaan itu membabitkan sejumlah lima hari persekolahan iaitu 11 hingga 15 Januari di Kelantan dan 12 hingga 16 Januari di Perak dan Pahang serta perlu diganti.

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...