Indahnya melihat kebahagiaan keluarga Ashraf Muslim ini. Diapit oleh kedua-dua isterinya, Wan Sakinah dan Dayana, mereka bertiga kelihatan sangat ceria menjayakan majlis akikah puteri sulung keluarga ini, Sarah Ashraf. Kalau dulu Abang Nara adalah salah seorang yang bengang dan skeptikal terhadap tindakan Ashraf Muslim berkahwin dua, namun nampaknya kali ini Ashraf Muslim berjaya membuktikan yang dirinya adalah seorang suami yang adil. Anda memang macho!!!
Semoga kebahagiaan keluarga ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga Wan Sakinah dan Dayana akan memberikan ramai cahaya mata untuk menyerikan lagi kehidupan mereka. Kepada Ashraf Muslim, mungkin anda boleh kongsikan pengalaman hidup sebagai suami yang mampu membahagian 2 orang isteri. Pasti ramai yang mahu belajar daripada anda.
Lagi beberapa gambar keluarga bahagia Ashraf Muslim dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada ThePhotolicious kerana sudi berkongsi gambar-gambar awesome ini. LIKE Facebook The Photolicious dan juga follow Instagram ThePhotolicious untuk lebih banyak gambar menarik.