August 18th, 2015

Rozita Che Wan antara artis yang cukup giat dalam bidang perniagaan, mempunyai produksinya sendiri serta jenama tudung yang di usahakan bersama adiknya Ayu Raudhah, kini beliau sudah memiliki keluaran minyak wanginya sendiri iaitu Precious by RCW.

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, beliau sudah menerima tempahan awal dan meraih hampir RM 1.2 juta apabila 40,000 botol minyak wangi beliau habis dijual dalam masa dua hari sahaja.

Alhamdulillah, saya tidak sangka menerima sambutan sebegini rupa. Precious by RCW dikeluarkan sebanyak 40,000 botol dan ia habis dijual dalam masa dua hari.

Tak sempat saya nak buat pelancaran secara formal. Hahaha…Apa yang memuaskan hati saya, pelanggan-pelanggan memuji minyak wangi tersebut. Syukur sangat, memang niat saya mahu menghasilkan produk mampu milik, tetapi kualitinya seperti produk jenama mahal. Harganya pun cuma RM29.90 sahaja.

Mendapat sambutan yang menggalakkan, Rozita memberitahu beliau bakal melancarkan satu lagi produk minyak wangi terbaru, Gorgeous by RCW sebanyak 70,000 botol dalam masa terdekat.

Memandangkan sambutan sememangnya hangat, saya menambah lagi bilangan botol menerusi minyak wangi saya yang terbaru pula. Tak tahulah bagaimana penerimaannya. Harap-harap sempatlah saya buat pelancaran produk minyak wangi ini, barulah nampak teratur dan diyakini ramai.

Rozita Che Wan sememangnya menggunakan kesempatan dan nama beliau sebagai seorang artis dengan baik apabila berjaya melancarkan beberapa produk beliau sendiri. Ini lah orang kata artis yang business minded dan tidak duduk buang masa tunggu orang tawarkan pekerjaan.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...