Antara elemen penting dalam perniagaan adalah rakan niaga. Rakan niaga bakal mencorak perjalanan sebuah perniagaan. Betul tak? Hah jangan kita lupa, Bahkan Tuhan juga secara tidak langsung boleh menjadi rakan niaga.
Cabaran yang biasa dilalui oleh setiap usahawan ialah kerana mereka bukanlah seorang superman atau superwoman yang boleh melakukan semua pengurusan perniagaan.
Kredibiliti mereka juga terhad kepada seseuatu perkara.
Seorang usahawan tidak dilahirkan mahir dalam semua kerja. Keupayaan mereka ada had tertentu.
Tapi kalau sekadar untuk memudahkan pengurusan, mereka boleh saja mengupah pekerja yang ramai atau mengupah konsultan untuk membantu operasi syarikat.
Melakukan sesuatu dengan sendiri, hanya akan mengikut kata hati sebab tidak ada yang akan membantah.
Akhirnya makan diri dan rugi.
Cari yang berkriteria serta berkebolehan dalam memberi idea, bijak menguruskan hal ehwal operasi dan kewangan, mengatur strategi, berani mengambil risiko.
Ikuti perkongsian individu ini untuk anda yang ada business partner..
Saya nak bagi tips bisnes best untuk anda.
–
Pertama sekali jangan bagi FREE SHARE syarikat anda kepada partner anda. Kalau mereka nak share, mereka perlu keluarkan duit untuk share tersebut.
–
Kedua, anda harus buat agreement dengan partner anda. Iaitu shareholder agreement.
–
Dimana dalam agreement tersebut mestilah mengandungi ‘statement’ mana-mana partner yg keluar (resign) mereka tidak boleh melakukan bisnes yang sama dalam tempoh beberapa tahun.
–
Nanti mereka buat produk sebiji macam anda dan siap bagi tahu produk dia lebih baik dari syarikat anda. Tidak cukup dengan itu, mereka sailang client2 anda. Aduh!
–
Ketiga, jangan mudah memberitahu siapa ‘supplier’ anda kepada partner. Nanti senang-senang mereka burukkan anda dan syarikat anda kepada supplier. So ia akan menganggu hubungan baik anda dan supplier.
–
Saya perhatikan, stori bisnes partner ni bukan selalu indah.
–
Nak cari yang betul2 memahami dan mendalami susah senang membangunkan syarikat sangat susah.
–
Ramai yg nak partner dengan kita time senang sahaja. Tapi bila susah terus menyalahkan kita dan lari.
–
Lebih teruk lepas jual saham (itu pun dapat saham free) terus burukkan kita dan jenama syarikat kita.
–
Mereka tidak sedar, dulu sebelum berpartner dengan kita hidup mereka biasa-biasa sahaja.
Lepas tu hidup terus berubah dapat gaji yang tinggi lagi. Dulu naik kereta biasa2 je lepas join kita terus angkat kereta best2. Ini contoh sahaja.
–
Siap memfitnah & memburukkan kita kepada stokis-stokis kita. Ini realiti ya tuan-tuan walaupun pergi mengerjakan umrah sama-sama.
–
Dan ex partner tu bila bisnes yang baru dibuat tu tak laku, dia salahkan kita pula. Menyalak di media sosial. Ini biasa.
–
Sebab apa, kerana semasa mereka dengan kita pun jenis pemalas dan menghabiskan duit syarikat sahaja maka buat la seribu bisnes pun tetap mereka akan gagal. So part ini kita jangan risau.
–
Tapi takpe, nasib baik undang-undang ada.
–
Terus contact lawyer, dan saman sahaja mereka yang memburukkan jenama kita.
–
So bagi korang yang ada business partner tu mohon hati-hati. Buat segala persiapan dan perjanjian semua. Dan paling penting, jangan mudah kesihankan partner. Business is business!
–
Keempat, pastikan partner kita tu tahu undang-undang syarikat. Make sure dia tahu kuasa-kuasa director. Dia tahu apa itu majority shareholder. Dia tahu dividen tu apa. Bagaimana kuasa director menentukan dividen diagihkan atau tidak. Nanti tidak la dia menyalak bila tak dapat dividen.
–
So saya harap tips ini berguna untuk anda yang ada bisnes partner. Rambut sama hitam tapi hati kita tidak tahu macam mana. Jadi business itu mesti mengikut undang-undang yang betul.
–
Share lah jika tips ini bermanfaat!
Sumber: Hafiz Wasa