Pelakon lama, Lisdawati menegaskan bahawa perkongsiannya mengenai terpaksa bergolok gadai telah disalah erti ramai.
Menurut isteri kepada pelakon Fauzi Nawi itu, dugaan tidak mendapat tawaran berlakon selepas memakai hijab itu adalah kisah inspirasi yang dikongsikan kepada umum.
Bahkan, ujian kewangan yang diterima olehnya merujuk kepada hubungan bersama suami dan anak-anak yang akhirnya kekal sepakat untuk lalui tempoh susah senang bersama.
View this post on Instagram
Walaupun dia memberitahu keretanya di tarik sebelum ini, itu tidak bermakna kereta suaminya juga alami hal yang sama dan meminta netizen mengambil ia sebagai satu pengajaran agar menjaga sumber pendapatan masing-masing.
Fauzi sangat bertanggungjawab dan disebabkan itu sehingga hari ini hubungan kami masih okay.
Sebelum ini, Lisdawati mengakui dirinya tidak mendapat tawaran berlakon selama 4 tahun selepas memakai tudung sehingga terpaksa gadaikan barangan berharga selain kereta turut ditarik pihak bank.