September 28th, 2011

Mempertaruhkan album debut berjudul KITA BERBEZA, Demascus tampil dengan sesuatu yang segar untuk peminat muzik tanah air. Mereka datang daripada latar belakang dan citarasa muzik yang berbeza justeru memberikan satu sentuhan baru dalam album yang mereka hasilkan ini.

demascus

Merupakan bekas pelajar Universiti Multimedia Cyberjaya,telah muncul dan membentuk satu kumpulan yang dikenali sebagai Demascus. Mereka dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Miff, Huzaifah, Iki, Amal dan Edry.Mereka optimis dalam memberikan sesuatu yang segar dan berkualiti dalam karya mereka menyebabkan menyebabkan masa yang diambil untuk menghasilkan album tersebut adalah selama 4 tahun.
Album Kita Berbeza yang telah mula dipasarkan sejak awal September lalu, memuatkan 6 buah lagu. Lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut ialah  KITA BERBEZA, MENGEJAR SEMPURNA (feat. Ikram Mirwana), HADIRMU, MASIH BELUM BERAKHIR,  SELAMANYA dan HADIRMU(versi piano). Album Kita Berbeza telah mendapat sentuhan komposer dan pengarah muzik yang hebat, antaranya ialah AG COCO, Akmal Mirwana, JAYJAY, Belle Fattah,Firdaus Mahmud .
Album Demascus diterbitkan oleh Demascus Production, di bawah pengurusan artis Arteffects International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik komposer muda dan penyanyi Hafiz Hamidun serta diedarkan oleh Warner Music.

Klip video single pertama mereka, KITA BERBEZA KINI boleh di lihat di laman youtube .Klip video KITA BERBEZA diterbitkan dan dihasilkan sendiri oleh DEMASCUS dengan bantuan beberapa orang kawan mereka. Dengan hanya kos sebanyak RM600, mereka berjaya merakamkan klip video tersebut selama sehari sahaja di 7 lokasi yang berbeza. Klip video tersebut menceritakan tentang perbezaan hobi dan minat masing-masing tidak sepatutnya menghalang mereka untuk bersama-sama dalam persahabatan. Lirik lagu KITA BERBEZA juga menggambarkan bahawa perbezaan pendapat,minat, citarasa tidak sepatutnya menjadi perbalahan tetapi boleh melengkapi antara satu sama lain.

Segala perkembangan dan info terkini Demascus boleh diikuti di laman sesawang www.thedemascus.com , Facebook Demascus dan Twitter Demascus. Untuk tempahan album, emailkan ke [email protected].


Comments are closed.

Loading...