“4 Tahun Mereka Bersama, Lelaki Ini Sayang Betul Dengan Awek Dia. Tapi Kenapa Semua Gambar Saya Awek Dia Guna?”

Trending

“4 Tahun Mereka Bersama, Lelaki Ini Sayang Betul Dengan Awek Dia. Tapi Kenapa Semua Gambar Saya Awek Dia Guna?”

Di zaman yang serba canggih ini, bermacam-macam kisah penipuan dapat kita lihat berlaku. Apatah lagi kini timbul aplikasi seperti Whatsapp, Wechat dan lain-lain yang memudahkan pemangsa mencari mangsa menerusi internet.

Advertisement

Tapi apa yang berlaku kepada lelaki ini sangat sadis. Apa tidaknya, selama empat tahun bercinta, rupa-rupanya wajah kekasih tercinta sebenarnya milik wanita lain yang sudah mahu bergelar tunang orang.

Kisah itu dikongsi oleh pemilik asal gambar beserta beberapa screenshot perbualan dengan mangsa.
“Selama 4 tahun lelaki ni sayang betul dgn awek ni tapi kenapa awek ni pakai semua GAMBAR SAYA . tak malu ke ? nak mintak macam2 tu jgn laa pakai gambar saya!!! nak bercinta pon pakai laa gambar sendiri!!! BERHENTI CURI GAMBAR DKT IG/FB aku ! guna gambar sendiri.”, tulis wanita berkenaan.

Menyelusuri perbualan antara mereka, difahamkan mangsa dan ‘kekasihnya’ itu sudah mengenali selama 4 tahun dan tidak pernah berjumpa. Selama itu, mereka hanya bertukar-tukar gambar sebagai pengubat rindu cinta jarak jauh mereka.

Namun, semuanya terbongkar apabila mangsa menemui pemilik sebenar wajah ‘kekasihnya’ di laman Instagram. Mangsa kemudian menghubungi pemilik asal gambar itu untuk meminta penjelasan.

Menurut mangsa, pada 16/6/2016, dia termimpikan bahawa seorang perempuan disarungkan cincin. Malam itu, mangsa berusaha untuk mencari instagram kekasihnya itu. Dah hasil usahanya, dia berjaya namun dia hampa apabila melihat gambar ‘kekasihnya’ itu disarungkan cincin di dalam akaun instagram tersebut.

Lebih menakutkan, bukan sahaja gambar-gambar tuan punya badan menjadi mangsa, malah tarikh lahirnya juga menjadi mangsa. Berdasarkan perbualan antara mangsa dan pemilik asal gambar, lelaki berkenaan menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada ‘kekasihnya’ itu sebagai hadiah hari jadi pada 26/11, tarikh lahir yang sama empunya badan.

Kepada mangsa, diharapkan banyak-banyak bersabar dengan apa yang berlaku. Kepada mereka yang bercinta jarak jauh dan menerusi internet, dinasihati agar degilkan diri anda untuk bertemu dengan kekasih anda sekurang-kurangnya sekali supaya tidak tertimpa nasib yang sama dengan lelaki ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...