4 Subjek Dimansuhkan, KPM Perkenal Subjek ‘Alam Dan Manusia’ Kepada Murid Tahun Satu

Kehidupan

4 Subjek Dimansuhkan, KPM Perkenal Subjek ‘Alam Dan Manusia’ Kepada Murid Tahun Satu

Mulai sesi persekolahan 2027, murid Tahap Satu di Malaysia akan diperkenalkan dengan satu subjek baru yang bersepadu pelbagai disiplin. Subjek tersebut dikenali sebagai ‘Alam dan Manusia’, yang akan menggantikan empat subjek sedia ada, iaitu Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, dan Muzik.

KPM

Advertisement

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ‘Alam dan Manusia’ merupakan Pembelajaran Bersepadu yang akan menggabungkan pelbagai disiplin ilmu, termasuk Sains, Pendidikan Kesihatan, Muzik, Seni Visual, TVET, dan Digital. Subjek ini akan dilaksanakan dengan kaedah pengajaran berpasukan, di mana dua orang guru akan mengajar dalam satu kelas secara serentak.

“Mata pelajaran ini menggabung jalin pelbagai disiplin ilmu; Sains, Pendidikan Kesihatan, Muzik, Seni Visual, TVET dan Digital,” kata KPM dalam kenyataan mereka.

Dengan kaedah pengajaran berpasukan, guru-guru akan saling melengkapi dan menyokong keperluan pembelajaran murid, memastikan kualiti pengajaran yang lebih baik.

Pada Tahap I, tumpuan utama adalah kepada penguasaan literasi dan numerasi (3M) serta pembentukan karakter, bagi memastikan murid mendapat kemahiran asas yang diperlukan dalam perkembangan mereka.

KPM juga menjelaskan bahawa kaedah ini akan menyokong keperluan pembelajaran individu pelajar, dan dilaksanakan untuk menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

Dengan pengenalan subjek ‘Alam dan Manusia’, diharapkan ia dapat memperkayakan pengalaman pembelajaran murid-murid di sekolah rendah dengan pendekatan yang lebih bersepadu dan menyeluruh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

namewee
2025-11-05 19:33:59

Namewee: Dari Rap ‘Negarakuku’ Ke Siasatan Kes Bunuh 'Influencer' Di Kuala Lumpur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...