Ada ketikanya kita menghabiskan masa yang sangat panjang dalam menggunakan komputer. Tidak kira untuk menyiapkan tugasan bagi pelajar, mahu pun kertas kerja buat mereka yang sudah bekerja.
Disebabkan itu, komputer yang kita guna tidak mempunyai rehat yang secukupnya. Malah ia akan digunakan berkali-kali dalam tempoh yang agak panjang. Tetapi, bila sudah sampai kepada hadnya, komputer akan mula mengeluarkan tanda-tanda untuk alami kerosakan.
Menurut juruteknik komputer persedirian ini, saudara Taufik Jabir, terdapat beberapa simptom hard disk komputer yang menunjukkan tanda-tanda ianya akan rosak. Jom kita ketahui apa tanda-tanda tersebut.
Simptom Hard Disk Kau Mula Kong (Rosak)
Pagi ni aku nak bagi syarahan sikit untuk kau kenal simptom hard disk kau yang mula nak kong (baca: rosak). Bukan senang kau nak tengok aku ceramah pepagi buta ni, Hehehe.
1. Kau rasa komputer kau lembab luar dari kebiasaan
Simptom ni salah satu tanda hard disk kau mula nak rosak. Tapi susah orang (baca: user) biasa even technician pun kadang tak dapat recognize perkara ni masalah hard disk atau masalah biasa kerana:
a. Komputer kau dah menjadi tempat ternakan virus. Usahawan berjaya la katakan, Hehehe. Kot ye pun nak jadi usahawan, ternak la benda lain. Virus juga kau ternak. Bila komputer kau ada virus, ianya memang akan melembabkan komputer kau sebab benda tu mengacau sistem operasi sebuah komputer.
2. Bila kau on PC atau laptop, hard disk kau mula keluarkan bunyi aneh
Ni pun simptom hard disk kau nak mula rosak. Untuk laptop, senang la kau nak dengar bunyi ni. Kau on laptop kau, kau angkat laptop tu, lepas tu kau dengar dari belakang laptop. Kalau hard disk normal, kau takkan dengar bunyi aneh sebab dia berputar dengan lancar. Tapi, bila dia mula nak rosak, kau akan dengar bunyi seperti ada sentakan pada hard disk kau. Kadang macam bunyi kasar yang aku sendiri tak tahu nak described macam mana bunyinya.
3. “Operating System Not Found.”
Kalau komputer kau keluar error macam ni, kau redha je la. Sama ada ini masalah Windows atau masalah hard disk, cuba kau format balik. Kalau ok, itu masalah OS sahaja lah. Kalau tak boleh format sebab hard disk tak detect. Kau berdoalah banyak banyak agar file kau dapat di backup oleh Juruteknik Komputer.
4. “No Media detected.”
Kalau komputer kau keluar error macam ni. Kau berdoa je lah banyak banyak agar file kau dapat di backup oleh Juruteknik Komputer. Hard disk tu memang tak ada harapan lagi dah untuk digunakan. Memang ganti baru je la gamaknya.
Apa pun masalah berkenaan dengan komputer kau, kalau kau dapat solve sendiri tu dah cukup bagus la sebab kau ada ilmu IT serba sedikit. Kalau ada yang tak tahu tu.
Bertanyalah pada member kau yang pakar bab IT. Macam aku cakap tadi, seeloknya kau bawa la sekali komputer kau tu. Senang dia nak check komputer kau masalah apa.
Mohamad Taufik Jabir
Juruteknik Komputer Persendirian.