4 Selebriti Bertukar Menjadi Superhero Demi Menyelamatkan Usus Anda Dari Bakteria

Hiburan

4 Selebriti Bertukar Menjadi Superhero Demi Menyelamatkan Usus Anda Dari Bakteria

Ingat lagi tak artikel 4 filem superhero yang Abang Nara nanti-nantikan untuk tahun 2017? Salah satu daripada filem tersebut adalah buatan Malaysia yang menampilkan Harith Iskander, Zizan Razak, Siti Nordiana dan juga Yuna. Berdasarkan teaser video di bawah yang telah tersebar, memang nampak macam best sangat-sangat. Tak sabar dibuatnya!!!

Akibat rasa ingin tahu yang begitu membuak-buak, Abang Nara telah membuat sedikit kajian tentang video ini. Iyerlah nak tahu juga apa sebenarnya video ini. Kaji punya kaji, Abang Nara ingatkan video ni cerita superhero terbaru Malaysia. Rupa-rupanya ini adalah iklan Calpis yang terbaru. Tak sangka pula iklan Cultured Milk Drink boleh sehebat, seseronok dan sepower ini.

Advertisement

Jadi siapa sebenarnya musuh aka bakteria usus dalam cerita ni? Hmmm…memang confirm la kan si “Giant Cat” tu. Zizan, Harith Iskander, Yuna dan Siti Nordiana adalah superhero Calpis yang melindungi system usus kita dan itulah sebabnya cerita ini sebenarnya berlaku dalam perut kita.

vlcsnap-2017-03-31-19h14m59s626

Apa yang paling Abang Nara suka ialah setiap superhero mempunyai warna buih mereka yang tersendiri. Zizan dan Yuna dengan buih berwarna putih yang membawa maksud perisa Original, Siti Nordiana dengan buih berwarna ungu yang membawa maksud perisa Calpis Grape. Sementara itu Harith Iskander dengan buih berwarna kuning iaitu Calpis Perisa Mango. Lepas ini memang setiap kali minum Calpis confirm Abang Nara akan terbayang-bayang aksi 4 superhero ini di dalam perut Abang Nara. Hehehe.

vlcsnap-2017-03-31-19h14m01s766

Fuhh, terpegun kejap Abang Nara tengok effect dalam cerita ni, di mana superhero-superhero ini ada superpower yang multiple individu mereka untuk menggandakan superpower mereka.. Kalau Abang Nara minum Calpis, nanti ada Abang Nara nombor 2, number 3, number 4, …, payah jugak kan.

vlcsnap-2017-03-31-19h12m06s250

Dengan kuasa superhero yang ada di dalam setiap perisa Calpis, Abang Nara yakin perut dan usus ini akan terlindung dan dijaga rapi daripada sebarang serangan kuman-kuman serta bakteria. Terima kasih Harith Iskander, Zizan Razak, Yuna dan Siti Nordiana kerana menjaga perut jutaan peminum Calpis. Anda memang superhero yang sebenar.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...