Written by AbangNara | June 16th, 2019

China, sebuah negara dengan populasi rakyat terbesar di dunia mempunyai pelbagai destinasi tarikan pelancong yang penuh dengan sejarah, unik dan memukau. Jika anda belum pernah menjejakkan kaki ke negara “3 Kingdom” ini, sekarang adalah masa terbaik untuk menempah tiket penerbangan bersempena Jualan Hebat AirAsia yang bakal berlangsung.

DSCF1909

Menawarkan harga bermula serendah RM179 ke 17 destinasi percutian ke China seperti Tianjin, Lanzhou, Xi’an, Chongqing, Changsha, Kunming, Guilin dan banyak lagi, Jualan Hebat Airasia akan bermula dari 16 Jun sehingga 19 Jun 2019 esklusif untuk Ahli BIG sahaja dan jualan untuk bukan ahli pula akan bermula dari 17 Jun sehingga 19 Jun 2019. Anda boleh bayar menggunakan BigClick untuk menikmati bayaran pemprosesan sifar serta proses tempahan yang lebih mudah dan lancar.

Jadi apa yang best di China? Ha ini 4 sebab kenapa korang perlu terbang ke China hari ini jugak!!!

1. Boba / Bubble Tea1

Dengan penduduknya yang berjumlah 1.38 billion, kepelbagaian jenama bubble tea di negara ini memang tak terkira dengan jari. Tak salah untuk dikatakan bahawa China adalah syurga untuk penggemar bubble tea. Sekiranya anda adalah seorang pencinta sejati boba, China adalah negara yang wajib dilawati untuk mencuba minuman ini. Antara jenama-jenama bubble tea yang popular di China ialah Heytea, Dasaki, Coco, China Fruit Time dan Attakai Kokoro Tea Shop.

2. Lokasi sempurna untuk Instagram anda

Sekiranya anda seorang pengguna tegar Instagram, jangan risau sebab memang banyak sangat lokasi “Insta-worthy” di China. Confirm para pengikut anda akan tercengang melihat gambar-gambar yang anda muatnaik sepanjang bercuti di sana. Antaranya seperti:-

(i) Tianjin Binhai Library – sekali tengok macam dalam kapal angkasa. Serius cool gila perpustakaan nie

FMY09318

(ii) Zhongshuge Bookstore di Chongqing – kedai buku terbesar yang mempunyai rekaan futuristik dan moden

2

(iii) Zhangjiajie di Changsha – kawasan pergunungan yang menjadi inspirasi kepada filem Avatar

3

(iv) Li River, Guilin – untuk mereka yang inginkan percutian penuh kedamaian sambil menikmati keindahan alam

4

3. Makanan halal yang mudah didapati

Sebagai seorang Muslim, anda tidak perlu risau bab makanan halal apabila melancong ke China. Memang sangat-sangat mudah untuk didapati dan kesemuanya sedap-sedap belaka. Antara yang anda boleh cuba ialah:-

DSCF2417

(i) Mi tarik asli Lanzhou

5

Pada awal kemunculannya iaitu pada zaman pemerintahan Dinasti Qing, restoran mi tarik daging lembu pertama dibuka di Lanzhou, hanya untuk pelanggan golongan birokrat dan peniaga kaya. Mi tarik daging lembu Lanzhou diinspirasikan oleh etnik Muslim Ma Baozi pada 1915. Setelah lebih 100 tahun, mi tarik Lanzhou daging menjadi simbol bandar Lanzhou malah terkenal bukan sahaja di China tetapi luar negara. Satu mangkuk confirm tak cukup!!!

(ii) Hotpot di Chongqing

6

Sekiranya anda seorang penggemar makanan pedas, anda wajib mencuba “hotpot” di Chongqing yang merupakan makanan “signature” bandar ini. Anda boleh memasak daging dan sayur-sayuran yang diinginkan di dalam lambakan cili “Mala” yang confirm akan buat anda kepedasan. Pastikan air sejuk tersedia di sisi anda sebelum menjamu selera.

4. Kembara Muslim

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman hidup masyarakat Islam di Xi’an. Anda boleh singgah di kawasan kejiranan Muslim (The Muslim Quarters) dan menunaikan solat di Masjid Xi’an. Sambil-sambil tue bolehlah berborak serta mendalami sejarah Islam di bandar ini. Jangan lupa ambil gambar kerana rekaan masjidnya memang tak akan jumpa di Malaysia.

7

Masjid Xi’an

Selain itu terdapat juga banyak masjid yang boleh dilawati di bandar Lanzhou. Antara yang terkenal ialah Xiguan Mosque, Lanzhou Water Mosque, Lanzhou Nanguan Mosque dan banyak lagi. Kesemuanya dibina beratus-ratus tahun dahulu dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Restoran yang menyediakan makanan halal pun banyak di sekitar masjid-masjid ini, jadi anda pasti tidak akan kelaparan.

8

Ha, tapi apa-apa pun, selaku rakyat Malaysia, anda kena buat beberapa persediaan sebelum terbang ke China bersama AirAsia. Antaranya ialah memohon visa, menempah hotel dan merancang aktiviti yang ingin dilakukan di sana, memastikan ada sambungan Internet ketika di sana (boleh guna VPN atau roaming menggunakan Pocket Wifi) dan boleh muat turun aplikasi DIDI untuk transportation. Semua ini dan banyak lagi boleh diselesaikan di www.airasia.com yang menawarkan rangkaian terluas dan tambang terendah ke 17 destinasi percutian di China setiap hari. Selamat bercuti.



PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 responses to 4 Sebab Kenapa Korang Perlu Terbang Ke China Hari Ini Juga!!

  1. Anonymous says:

    Mereka kat sana tindas orang Islam kaw-kaw korang sibukkk nak pergi sana buat apa! Jangan buat kerja gila support their tourism. Cukuplah dah byk beli produk mereka skrg.

  2. faraj says:

    tuhan Hadi Awang kt situ…

  3. wekkkkkkk says:

    siapakah artis singapura yg ” buat hal lagi”..,”mencuri duit pelakon indonesia di singapura pukul 2.00am di kelab malam”, siapakah artis singapura itu yg “buat hal lagi”….berita ni sensasi, …malaysia, singapura dan indonesia bekerjasama mencari bukti, walaupun artis indonesia tu tahu siapa artis singapura itu…tetapi tidak mendedahkan nama..

    ini bukan soal nilai wang yg dicuri, tetapi adalah soal moral dan harga diri.., kata pelakon indonesia tu.

    bacalah di online: harian metro.com..

  4. faraj says:

    Khizir punya Hadi Awang….

  5. nana says:

    tak best langsung.makanan dia sangat lah x sedap dan x meyelerakan..susah kot nak cri makanan halal.mne ada senang..dari segi kebersihan tandas sgtlah kotor.pengalaman yang paling tak best.

  6. Anonymous says:

    kampung pemikiran..kolot..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini