4 Rahsia Supaya Rumah Sentiasa Bersih Dan Kemas

Trending

4 Rahsia Supaya Rumah Sentiasa Bersih Dan Kemas

Pasti ada diantara kenalan atau saudara mara anda di mana rumah mereka sentiasa kemas dan bersih. Apa agaknya teknik dan rahsia yang mereka gunakan ya?

Jangan risau, kami akan bongkarkan 5 rahsia bagaimana untuk mengekalkan kekemasan dan kebersihan rumah anda.

Advertisement

Tahu bezakan antara kemas dan bersih

Sumber: top kraamz

Sebuah rumah boleh dikatakan bersih jika permukaan dan lantai dibersihkan, perabot dan permaidani di vacuum, dan bilik mandi anda sentiasa bersinar. Tetapi jika terdapat pakaian di atas katil dan mainan yang bersepah dia atas lantai serta timbunan buku dan kertas di mana-mana, rumah itu tidak akan kelihatan bersih kerana ia tidak kemas. Jadi anda perlu pastikan rumah bukan sahaja terbaik dari segi kebersihan malah anda juga perlu pastikan barang-barang diletakkan di tempat yang betul dan kemas.

Kebersihan sebagai rutin

Jadikan aktiviti membersihkan rumah sebagai aktiviti kegemaran anda. Jangan tunggu sehingga rumah anda bertukar menjadi ‘medan perang’ baru anda berusaha mengemasnya. Pastikan aktiviti mengemas rumah menjadi rutin harian contohnya seperti, terus mengemas katil selepas bangun dari tidur, menyimpan semula mainan anak-anak selepas habis bermain dan terus melipat pakaian yang sudah kering. Jika anda melakukannya setiap hari, maka tiada lagi masalah timbunan baju di atas katil dan mainan bersepah di atas meja.

Tidak simpan banyak barang

Sumber: desain raya

Anda boleh amalkan konsep minimalis. Simpan hanya barang yang perlu sahaja. Jika barang sedikit maknanya anda akan menjimatkan masa mengemas. Konsepnya amat mudah, barang kurang, rumah kemas!

Laci ‘ajaib’

Sumber: thespruce

Laci ajaib ini boleh menyelamatkan anda ketika waktu emergency!

Hanya simpan barang-barang yang tidak sempat dikemas ke dalam laci tersebut dan rumah anda akan jadi kemas secara serta merta. Tapi jangan jadikannya sebgai satu kebiasaan hanya digunakan untuk waktu kecemasan sahaja.

Tabiat ini amat mudah, ringkas dan cepat!

Anda juga boleh menjimatkan masa dalam jangka waktu yang panjang. Sekiranya anda inginkan rumah yang sentiasa kelihatan bersih, anda hanya perlu mula dengan salah satu daripada rahsia ini dan jadikan sebagai rutin harian atau mingguan.

Sumber: huffington post

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...