4 Perkara Yang Anda Perlu Ambil Perhatian Bila Beli Kereta Untuk Pulang Beraya

Branded

4 Perkara Yang Anda Perlu Ambil Perhatian Bila Beli Kereta Untuk Pulang Beraya

Kurang sebulan lagi kita bakal menyambut perayaan Aidilfitri, kami yakin mesti ramai yang tak sabar nak pulang ke kampung halaman kan?

Tapi, adakah kenderaan anda dah cukup bersedia nak balik kampung? Kalau tidak, inilah masanya untuk anda survey kereta baru atau kereta terpakai yang berkualiti untuk balik beraya bersama keluarga nanti.

Jangan pandang kereta terpakai sebelah mata tau, sebab sekarang ada je kereta terpakai berkualiti yang nampak dan rasa macam kereta baru.Kali ni, jom BeautifulNara kongsikan 4 perkara yang anda perlu ambil perhatian bila nak beli kereta terpakai, pada kondisi yang tip-top!

1. Ambil tahu kondisi dan kualiti kereta 

Carsome Raya

Benda pertama yang anda perlu lakukan untuk beli kereta terpakai adalah tetapkan dulu bajet anda. Kebiasaannya kereta terpakai mempunyai harga yang lebih rendah berbanding kereta baru.

Tapi ramai yang berpendapat bahawa kereta terpakai dijual pada harga rendah kerana ia mempunyai ‘sejarah’ atau kualitinya tidak setanding kereta baru. Tapi anda sebenarnya silap, anda tahu tak kini ada syarikat yang dipercayai ramai dalam menguruskan jual beli kenderaan terpakai iaitu Carsome.

Carsome telah tetapkan taraf baru dalam industri kereta terpakai melalui kereta Carsome Certified mereka. Setiap kereta Carsome Certified telah lulus pemeriksaan 175-titik yang ketat, yang dilakukan oleh pemeriksa bertauliah, bagi memberikan keyakinan kepada pembeli bahawa kereta yang dijual mempunyai kualiti yang tinggi.

Paling penting Carsome amat menitikberatkan kualiti kereta yang dijual. Kereta yang ditawarkan telah melalui Proses Pembaikpulihan Carsome Certified di Carsome Certified Lab. Ini bagi menjamin keselamatan, keselesaan, dan juga untuk memastikan kereta yang dijual berada dalam kondisi seperti baru. Jadi anda tak perlu bimbang.

Tak percaya? Anda boleh tonton video ni: 

2. Mileage berapa? 

Carsome Raya

Bagi mereka yang kurang familiar dengan terma kereta, perkataan mileage mungkin agak janggal untuk anda. Mileage ni ialah kiraan perjalanan/had batuan sesebuah kereta. Makin tinggi mileage biasanya harga kereta akan lebih rendah. 

Seperti kami bagitau tadi, Carsome bukan saja meneliti kondisi dan kualiti kereta malah anda juga boleh menyemak gambar kereta pilihan anda dari pelbagai sudut dan melihat laporan pemeriksaan menyeluruh sesebuah kenderaan secara online di Carsome.my tau. Macam ni barulah lebih yakin nak beli kereta terpakai kan?

Anda perlu ingat, kalau nak pilih kereta pastikan mileage rendah atau sederhana. Jangan tengok kondisi kereta ‘nampak’ cantik terus berkenan, periksa dulu sejarah kereta!

3. Decide model apakah yang anda impikan

Nak pilih model kereta ni pun pening kepala juga. Nasihat kami pilih kenderaan yang sesuai dengan penggunaan anda. Kalau anda sukakan aktiviti lasak, suka masuk hutan dan sebagainya, pilihlah kereta yang berprestasi tinggi seperti 4 wheel drive.

Kalau anda ingin beli kereta untuk memudahkan perjalanan ke tempat kerja atau ke kampung halaman, anda mungkin boleh memilih model hatchback atau pun MPV, bergantung kepada kesesuaian anda.

Tapi mana nak dapat kereta terpakai yang berkualiti, dipercayai dan memenuhi kriteria kereta idaman anda?

Di Carsome, terdapat lebih seribu pilihan kereta pra-milik Carsome Certified, anda tinggal pilih je kereta yang mana anda mahu. Dengan lebih 30 jenama kereta, cakap je nak kereta jenis MPV, SUV atau apa saja model yang anda idamkan. Semuanya ada di Carsome!

Platform ni juga tak mengenakan sebarang kos tersembunyi, apa harga yang ditawarkan, itulah harga yang anda akan bayar. Kalau anda berubah fikiran mengenai kereta yang korang beli, boleh pulangkan je kereta kepada Carsome dalam masa lima hari untuk pulangan wang penuh, tanpa sebarang soalan. Kereta Carsome Certified juga diberikan jaminan selama satu tahun tau.

4. Dapatkan kereta terpakai melalui platform yang diyakini

Carsome Raya

Pergi je ke Carsome untuk beli kereta. Platform ini memberikan perkhidmatan jual beli kereta terpakai yang paling dipercayai di pasaran tau!

Bukan itu saja anda juga boleh pandu uji kereta sebelum dibeli. Hanya tempah sesi pandu uji percuma di laman web Carsome. Kemudian, kalau anda berpuas hati dan berkenan nak beli kereta tersebut, anda ada dua pilihan sama ada nak ambil kereta di Carsome Experience Center atau nak Carsome hantar kereta ke rumah anda. 

Urusan jual beli pun tidak rumit, Carsome akan membantu dalam semua urusan kertas kerja untuk anda seperti tukar nama, permohonan pinjaman dan sebagainya. Senanglah kerja macam ni!

Balik kampung like a boss dengan Carsome Berkat Aidilfitri

Carsome Raya

Nampak gayanya tahun ni dah boleh balik beraya, jom pulang beraya dengan kereta berkualiti dari Carsome. Bila beli kereta di Carsome, anda dah tak perlu fikir macam-macam perkara tentang keadaan kereta, urusan kertas kerja, dan sebagainya sebab Carsome akan uruskan semua untuk anda!

Bukan itu saja, sempena Syawal ini, Carsome ada kempen istimewa iaitu Carsome Berkat Aidilfitri bagi memastikan anda boleh mendapatkan pemanduan yang berkualiti untuk kepulangan yang dinanti bersama keluarga yang disayangi pada hari raya ini.

Kempen yang berlangsung dari 1 sehingga 30 April 2022 ini menawarkan banyak faedah menarik dengan setiap pembelian kereta di Carsome.

Menerusi pembelian kereta Carsome Certified sepanjang kempen Carsome Berkat Aidilfitri, anda boleh menikmati kadar faedah 0% sehingga setahun, tertakluk kepada jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman.

Antara faedah promosi Carsome Berkat Aidilfitri:

-Minimum pinjaman kereta yang korang boleh buat ialah RM30,000 sehingga maksimum RM150,000.

-Korang boleh menikmati penjimatan sehingga RM2,504 untuk bayaran bulanan korang tau!

Di Carsome, anda juga boleh trade-in kereta lama dan boleh dapat rebat sehingga RM1,000 serta berpeluang menang pakej percutian berbayar bernilai RM1,500 di Hard Rock Pulau Pinang untuk 3 pemenang. Wow!=

Jom balik raya macam bos! Semua ni dan banyak lagi faedah lain menanti korang hanya di Carsome. Dengan pilihan kereta terpakai berkualiti yang terluas dan terbesar, jom tempah pandu uji anda ni carsome.my/ hari ini.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...