Di kala anda membaca artikel ini, kemungkinan besar wife Abang Nara sudah pun selamat melahirkan anak ketiga hasil perkahwinan kami. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat dimurahkan rezeki bab mendapat anak ini. Namun menjadi seorang ayah bukanlah satu perkara yang mudah. Besar tanggungjawabnya, lebih-lebih lagi dalam memastikan masa depan anak-anak terjamin dari segala segi termasuklah kesihatan, pendidikan, kewangan dan sebagainya. Ini adalah 4 perkara wajib yang Abang Nara lakukan untuk setiap anak-anak Abang Nara.
1.Berikan suntikan vaksin secukupnya
Dengan gerakan anti vaksin yang semakin menular, Abang Nara memang cukup risau kalau anak-anak Abang Nara terkena jangkitan penyakit yang sukar diubati seperti tibi, batuk kering dan sebagainya. Memang kalau sampai masa je, Abang Nara terus bawak anak-anak ke hospital untuk dicucuk. Tak ada nak tangguh-tangguh.
2.Sediakan ‘car seat’ untuk anak-anak dalam kereta
Malang memang tidak berbau lebih-lebih kemalangan yang melibatkan jalan raya. Kebelakangan ini memang banyak tragedi emak ayah selamat tetapi si anak tercampak keluar dari kereta sehingga maut. Salah satu punca ialah kerana tak letakkan anak-anak di ‘car seat’. Kerajaan Malaysia pun bakal wajibkan penggunaan car seat tidak lama lagi. Nasib baiklah wife Abang Nara memang mempunyai kesedaran yang tinggi bab-bab ini. 2 orang anak kedua-duanya selamat kami ajar duduk dalam car seat ketika dalam kereta.
3.Bawa terokai dunia luar
Aariz memang suka main skuter nya setiap petang di laman rumah sementara Arissa sekarang memang setiap petang ajak pergi playground (budak baru boleh berjalan). Di hujung minggu pula Abang Nara cuba luangkan masa bawa mereka pergi ke tempat yang lebih luas untuk bagi peluang mereka meneroka dunia luar. Tak adalah terperuk je duduk dalam rumah. Banyak sikit perkembangan minda. Tak gitu?
4.Buka akaun SSPN-i
Abang Nara dah buka untuk Aariz dan Arissa akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) pada tahun pertama kelahiran mereka lagi. SSPN-i ini memang banyak kelebihannya. Satu ia menggalakkan ibu bapa menyimpan untuk tabung pendidikan anak mereka bila nak masuk universiti nanti. Dah habis SPM nanti, tak adalah kelam-kabut baru nak cari duit untuk si anak. At least dah buat persediaan untuk mereka sejak kecil lagi.
Yang keduanya, duit simpanan tersebut boleh mendapat pelepasan taksiran cukai sebanyak RM6,000 setahun. Yang ini Abang Nara paling suka sebenarnya. Serampang dua mata. Makin banyak simpan, makin kurang bayar cukai. Simpan untuk anak-anak, tapi mak ayah pun boleh dapat faedahnya. Terbaik!!!
Disahkan patuh shariah, setiap tahun SSPN-i memberikan dividen yang agak tinggi juga untuk para penyimpannya. Tahun 2014 hari tue kalau tak silap sebanyak 4.25%. Not bad jugaklah kan? Lagi best simpanan menerusi SSPN-i boleh dimulakan serendah RM20 dan ia dijamin oleh kerajaan Malaysia.
Dan benda yang paling Abang Nara suka tentang SSPN-i ini ialah setiap tahun akan ada promosi yang menarik buat para penyimpannya. Tahun 2015 sahaja ada 3 jenis promosi iaitu Promosi Simpanan Vaganza!, Simpanan Bonanza! dan Simpanan X-Tra Bonanza! SSPN-i. Dengan simpanan serendah RM500, para penyimpan berpeluang memenangi hadiah yang menarik. Antara hadiah yang ditawarkan seperti BMW 320i, Honda HR-V, Proton Iriz, Motosikal Yamaha 135LC dan banyak lagi. Kelabu mata dibuatnya!!!
Kalau nak sembang lebih keistimewaan SSPN-i memang 2 mukasurat pun tak akan habis. Senang cerita keputusan Abang Nara untuk menyimpan di dalam SSPN-i memang antara satu langkah yang terbaik untuk masa depan anak-anak tercinta. Korang pula macam mana? Nasihat Abang Nara, simpanlah selagi boleh untuk anak kita. RM20 sebulan pun tak apa. Lagi 18 tahun Insya Allah akan nampak impaknya. Jangan lupa layari www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut. Boleh juga LIKE Facebook PTPTN untuk sentiasa mendapat maklumat terkini promosi yang ditawarkan.