4 Pemain Terbaik Asia Jadi Buruan, Skuad Pamoga Qu Puteh TRW Bakal Digeruni?

Trending

4 Pemain Terbaik Asia Jadi Buruan, Skuad Pamoga Qu Puteh TRW Bakal Digeruni?

11Charyl.transformed_1

Empat pemain berbisa Asia termasuk pemain sensasi Charyl Chappuis dari Thailand sedang diintai oleh Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman untuk diserapkan dalam skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).

Charyl Chappuis, 23, merupakan pemain berdarah campuran Switzerland dan Siam yang bermain untuk kelab Suphanuri FC memiliki wajah seiras bintang Piala Dunia Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Advertisement

Chappuis menjaringkan empat gol ketika bermain untuk Thailand pada Piala AFF Suzuki 2014. Selain itu, Chappuis yang juga pemain tengah Thailand, turut mendapat perhatian Dr Hasmiza atau Dr Vida adalah penyerang negara itu, Teerasil Dangda, Cho Young-Cheol (penyerang Korea Selatan) dan pemain sayap Vietnam, Le Cong Vinh.

Dr Vida berkata, pemain berkenaan akan dicadangkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk diuji sama ada sesuai atau tidak bermain dengan corak permainan Pamoga Qu Puteh TRW.

Menurut jutawan kosmetik itu, walaupun sibuk dengan pelbagai program seperti Mentor Milenia dan Anugerah Juara Lagu, beliau tidak ketinggalan mengikuti perkembangan terkini bola sepak dunia supaya dapat memberi idea dan pandangan untuk pasukan Kelantan.

“Buat masa ini, saya sedang mengintai keempat-empat pemain itu. Saya lihat mereka mempunyai prestasi yang bagus terutama pemain dari Thailand.

“Cong Vinh juga tidak ketinggalan turut menonjol pada aksi final Piala AFF Suzuki 2014 ketika Vietnam menentang Thailand. Saya mahu lihat skuad Pamoga Qu Puteh TRW menjadi pencabar utama kejuaraan musim ini bagi meraih ketiga-tiga piala (Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia).

“Bagaimanapun, saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa termasuk jurulatih sebelum membuat keputusan sama ada pemain ini boleh dibawa masuk atau sebaliknya,” katanya.

Menurut laporan BH Sukan semalam, Annuar menerusi akaun Facebooknya, memberi tempoh sehingga 15 Januari ini kepada pengendali baharu Kelantan, K Devan memilih pemain import yang serasi dengan corak permainan pasukan.

Dr Vida mahu pelaburan yang dilakukan terhadap Kelantan mampu melonjakkan nama pasukan itu ke peringkat lebih tinggi.

“Alang-alang masa masih ada, apa salahnya saya turut mencari dan cadangkan kepada KAFA. Saya mahu membantu pasukan bangkit semula dan bersaing di peringkat antarabangsa.

“Jika mahu melihat pasukan Kelantan meraih kejuaraan musim ini, kita perlu mendapatkan pemain import yang berkualiti,” katanya.

Seandainya pemain yang disebut benar akan diserapkan kedalam pasukan Kelantan, sudah tentu ia pasti dinanti-nantikan peminat pasukan Pamoga Qu Puteh TRW.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...