4 Pekerjaan Ini Jadi Trend Generasi Millennial, Jana Pendapatan Tinggi Setiap Bulan.

Trending

4 Pekerjaan Ini Jadi Trend Generasi Millennial, Jana Pendapatan Tinggi Setiap Bulan.

Kerja sambilan salah satu cara boleh dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan, secara tidak langsung mengukuhkan atau menstabilkan kembali kewangan bulanan.

Advertisement

Terdapat beberapa pekerjaan, yang mana ianya boleh dipanggil sebagai ‘pekerjaan millennial’ kerana bersesuaian dengan peredaran masa terkini, serta anak muda.

“Ko keje apa Sudin?”

“Pemandu Uber, mak ngah”

“Ape Ber?”

“Uber mak ngah”

“Ape kebenda tu? boleh buat duit ke? Nape tak keje gomen je, kan senang.” Leter Mak Ngah.

Sebelom pulang, Sudin menghulurkan duit belanja sebanyak RM 1k pada Mak Ngah nya lalu Mak Ngah tidak lagi menyoal Sudin berkenaan kerja dia.

=====================================
Hasil dari kepesatan teknologi (Technovation) sekarang, memberi peluang wujudnya bidang kerja yang baharu.

Kebanyakan kita, yang bukan dari kalangan lahir selepas tahun 2000 (Gen. Millennial) tidak begitu arif dengan mereka yang memilih pekerjaan baru ini sebagai sumber menjana pendapatan.

Antara pekerjaan Millennial yang sudah mendapat pasaran dalam ekonomi malaysia adalah:

1. Pemandu Grab/Uber (Grab/Uber Driver)

Monthly income mereka ini boleh mencecah antara RM 2000- RM 4000, untuk mereka yang bekerja secara Full Time (FT). Bagi yang Part Time (PT) pula, RM 800 – RM 1500 sudah boleh masuk dalam poket mereka. Namun, anggaran hasil ini boleh mencecah lebih dari itu, bergantung kepada jenis pelaggan, tempat dan usaha.

2. Content Creator.

Content creator (CC) ni adalah umum namun yang paling banyak mendapat sambutan adalah Youtuber.

Antara Youtuber yang terkaya dan terkenal adalah Pewdiepie yang menghasilkan pendapatan sebanyak RM 64,38,6750.00 setahun.

Youtuber biasa boleh menjana pendapatan dari RM 400- RM 3000 sebulan bergantung kepada ‘view’ pada video content.

3. Social Media Business Owner.

Kewujudan mereka ini sudah sedia maklum, malah ada di antara mereka yang dianggap sebagai selebriti.

Pendapatan yang boleh dihasilkan melalui business dalam social media ini boleh mencecah RM 2000- RM 5000 bagi yang FT dan bergantung juga pada produk.

Ada juga yang membuat PT sebagai Stokis dan Dropshipper, yang boleh menjana RM 200- RM 1500 sebulan bergantung pada usaha dan jenis produk.

4. Paid Review Advertiser.

Mereka ini menjana pendapatan berdasarkan kepopulariti mereka. Luqman podolski adalah salah seorang dari mereka. Jangan terkejut, mereka ini mampu menghasilkan RM 1000- RM 5000 berdasarkan kepopulariti mereka. Bayangkan setiap produk yang mereka iklankan, dapat komisyen mencecah 10% hasil jualan produk yang mereka iklankan.

Dan ada yang mencecah lebih dari anggaran tersebut.

====================================

Banyak lagi pekerjaan baru yang terhasil dari kemajuan Technovation sekarang.

Point kepada status ini bukanlah pada angka pendapatan mereka tetapi sekadar ingin mendedahkan kepada semua tentang pekerjaan baharu ini.

Mungkin ada di antara kita yang masih tak tahu, dan sedang mencari cara untuk menjana pendapatan, boleh lah cuba. Di negara kita, pekerjaan ini mungkin masih baru lagi, orang tanya pun pasal kerja kita ni, terkelip-kelip biji mata.

Apa- apa pun, ingatlah, keberkatan rezki itu lebih penting dari jumlah yang anda dapat.

Kredit : Hasrullah Azrulkhan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...