4 Mayat Termasuk Kakak Ketua Polis Pahang, Ditemui Rentung Dalam Kereta

Trending

4 Mayat Termasuk Kakak Ketua Polis Pahang, Ditemui Rentung Dalam Kereta

CcsIwVRUMAAUwhj

Kemalangan yang membabitkan treler pada jam 1 pagi semalam di Lebuhraya PLUS arah Jelapang di sini pada awal menjangkakan tidak membabitkan kenderaan lain.

Advertisement

Namun sangkaan itu meleset apabila pada jam 11 pagi selepas treler itu dialihkan terdapat sebuah kereta dibawahnya dengan empat mayat rentung di dalam kereta terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, pegawai penyiasatnya tidak menemui sebarang kesan kenderaan lain dalam kemalangan yang membabitkan treler berkenaan sebelum menerima laporan penemuan tersebut.

Siasatan awal mendapati kenderaan yang terlibat adalah jenis Honda Accord yang rentung keseluruhan. Nombor pendaftaran sedang dikenal pasti.

Kesemua mayat berkenaan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan ujian DNA akan dijalankan bagi mengenal pasti identiti serta jantina,” katanya.

Chang berkata lagi, semakan juga turut mendapati terdapat satu laporan mengenai kehilangan sebuah keluarga yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Kita sedang semak laporan di Terengganu mengenai satu keluarga yang dalam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur sebelum ke Terengganu tetapi tidak tiba ke destinasinya.

Kita sedang buat siasatan dan keterangan lanjut akan diambil daripada pemandu treler berusia 35 tahun dan kelindannya berusia 29 tahun yang cedera dalam kemalangan itu,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian Online, empat sekeluarga rentung dilanggar treler di sini awal pagi semalam, membabitkan kakaknya, seorang anak saudara dan dua cucu ketua polis Pahang. Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani.

CcsIv90UcAQN6WN

CcsIwo7UAAA3OLz

CcsP_5jUsAA41RP

rent.png.transformed

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...