4 Lokasi Glamping Menarik Di Malaysia

Trending

4 Lokasi Glamping Menarik Di Malaysia

Glamping, apa tu?

Glamping ialah apabila keindahan alam semulajadi yang menakjubkan digabungkan dengan percutian yang santai tetapi mewah dan moden.

Cara ini membolehkan anda menikmati serta merasai suasana tenang dengan lebih selesa. Gabungan fusion  diantara glamour dan konsep perkhemahan pasti menarik perhatian anda untuk mencubanya. Sempena cuti hujung minggu yang panjang ini, kami akan kongsikan 4 lokasi glamping yang sangat cantik dan menarik untuk anda kunjungi di Malaysia.

Advertisement

Kanopi Tribes

Terletak 3km dari kawasan Air Terjun Kota Tinggi, Johor, terdapat hutan hujan yang bersih dan tenang dimana dapat membuatkan anda tenggelam dalam kehidupan yang damai. Kanopi Tribes menawarkan penginapan Bell Tent yang elegan dan hospitaliti eksklusif serta boleh memuatkan ser. Nikmati kemudahan  BBQ menggunakan arang batu di khemah anda, aktiviti luaryang menarik dan pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan.

7815 Jalan Lombong, Batu 8, Kota Tinggi

Dewasa  RM150; kanak-kanak, RM120 satu malam termasuk sarapan dan BBQ.

Tanah Aina Fahad

Ingin lari dari kesibukan kota? Pejalanan melalui suasana kampung melayu yang indah akan membawa anda menuju ke Resort Tanah Aina Fahad di Pahang. Bersantai dengan bunyi air terjun dan sungai yang menyamankan sambil menikmati keindahan alam, pasti akan membuatkan anda tenang. Pelbagai aktiviti terdapat di sini termasuk jungle trekking dan paintball yang patut anda cuba.

Lot 1053, Mukim Ulu Dong, Raub

RM230 setiap seorang termasuk makanan dan jungle trekking.

Sekeping Serendah

Habiskan hujung minggu anda bersama orang tersayang dengan membawa diri ke keindahan alam yang ‘tersembunyi’ di Sekeping Serendah. Konsep penginapan yang minimalis dan terbuka membuatkan anda terbuai dan hanyut dengan kehijauan sekitar. Eksklusif dan unik, sesuai untuk anda yang inginkan kelainan.

Serendah, Selangor.

From RM300 satu malam.

Sailor’s Rest Resort

Kurang sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, tapak glamping ini terletak di antara gunung Titiwangsa di Janda Baik. Udara sejuk dan segar sesuai untuk mereka yang ingin percutian cepat yang tidak memerlukan masa perjalanan yang panjang. Anda boleh tidur di khemah yang luas yang didirikan di tepi sungai atau mengalami malam di rumah bot.

 Lot 8592, Lorong Dato Panglima, Kg. Sg. Lurau, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.

Start from RM95 setiap seorang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...