February 18th, 2015

Nak berkahwin bukanlah satu perkara yang mudah. Teringat kenangan dulu ketika bercinta dengan wife. Masuk tahun ke 2, tiba-tiba keinginan nak berkahwin semakin menebal di dada. Iyerlah, takkan nak dating dengan anak dara orang tanpa menunjukkan kesungguhan yang kita ikhlas kan? Menariknya orang Melayu ini banyak adat yang perlu diikuti sebelum sah bergelar suami isteri. Antara langkah-langkahnya:-

1. MERISIK

Emak dan ayah si lelaki akan pergi konon macam mahu minum petang di rumah emak dan ayah si perempuan. Sambil-sambil makan karipap, sambil-sambil borak pasal anak sendiri. Kalau orang dulu diorang bawak tepak sirih, tapi sekarang rasanya dah tak lagi. Selepas hampir setengah jam borak kosong, barulah si ayah lelaki akan bagitau tujuan kedatangan. Selalunya cincin belah rotan akan dibawa sebagai tanda.

cincin2, BERTUNANG 

Yang ini amat penting dalam adat orang kita. Segerombolan ahli keluarga akan hadir beserta dengan seorang jurucakap. Ada hantaran yang akan dibawa. Selalunya hantaran adalah seperti buah, kain dan paling penting, CINCIN. Cincin pertunangan ini bolehlah dikatakan simbolik kepada kekukuhan cinta pasangan ini.

cincin

cincin permata HEMERA

Cincin permata HEMERA memang sesuai sangat untuk dijadikan cincin pertunangan. Ia dipotong dengan 101 belahan menjadikan HEMERA cukup sempurna di mata yang memerhati. Selalu bila nak beli cincin ini, si lelaki akan pergi dengan si perempuan. So bolehlah pilih yang bersesuain dengan bajet anda. Janganlah beli terlalu mahal. Antara contoh cincin permata HEMERA yang lain ialah:-

cincin

silau mata memandang

 

cincin

bakal isteri mesti jatuh cinta dengan cincin HEMERA ini

3. PERNIKAHAN

Tiada hari yang lebih gembira untuk pasangan bercinta melainkan hari pernikahan. Masa ini memang berdebar-debar. Jantung pun berdegup laju. Hantaran untuk pihak pengantin lelaki dan perempuan pun biasannya lebih ‘up’ sikit dari biasa. Antara beg tangan berjenama, kasut, gajet dan macam-macam lagi.

cincin

ada juga yang bagi gold bar, ini bagus untuk masa depan

Bunga Raya Gold Bar Poh Kong (1g, 2g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g) amat bagus diletakkan sebagai hantaran sebagai pelaburan masa depan. Kehidupan lepas berkahwin banyak nak guna duit. Jadi sekurang-kurangnya ada security sikit kalau jadikan bunga raya gold bar sebagai hantaran. Time-time sesak bolehlah pajak. Hehehe. Bab kualiti jangan risau. Ia adalah 99.9% daripada emas tulen.

Disebabkan masa bertunang dah beli cincin permata HEMERA, selalunya masa nikah pihak lelaki tak bagi cincin dah. Antara yang menjadi pilihan ialah gelang, rantai dan juga bangle. Mestilah yang emas punya simbolik kepada nilai mahal seorang isteri. Kalau di Poh Kong, koleksi Anggun Bunga Raya memang sesuai untuk dipilih sebagai hantaran kepada bakal isteri.

cincin

bangle yang cun melecun

cincin

rantai pun cantik juga apabila diletakkan di leher isteri tercinta

cincin

abang Nara dulu hadiahkan gelang

4. PERSANDINGAN

Sebenarnya dah habis pernikahan, memang dah boleh tarik nafas lega. Persandingan ini cuma melengkapkan syarat untuk bertemu ahli keluarga, sahabat handai dan tetamu-tetamu. Masa inilah pengantin dilayan seperti raja sehari. Masa ini jugalah peluang untuk pengantin perempuan memakai barang kemas untuk menyerlahkan lagi kejelitaan. Antara yang menarik dari Poh Kong untuk hari istimewa ini ialah:-

cincin

rantai mutiara Schoeffel, confirm semua mata akan memandang anda

cincin

koleksi emas Tranz, banyak pilihan yang cantik-cantik

Nasihat Abang Nara, kalau korang mahu membuat persediaan perkahwinan yang pastinya melibatkan pembelian barang kemas, silalah pergi lihat koleksi di kedai-kedai emas. Poh Kong memang feveret Abang Nara dan isteri lah. Barang kemas ini ada dipamerkan di Poh Kong, Poh Kong Gallery, Diamond & Gold dan juga Gold Boutique. Pergi tengok je dulu. Ada duit nanti insya Allah boleh beli. Jangan lupa layari www.pohkong.com.my dan Facebook Poh Kong untuk mengetahui lokasi kedai-kedai Poh Kong seluruh Malaysia dan melihat promosi yang ditawarkan.


Comments are closed.

Loading...