Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial tentang hubungan terlarang di antara seorang guru sekolah di Melaka dan lelaki yang berstatus suami orang.
Guru tersebut yang juga isteri orang mendapat kecaman kerana bukan sahaja mencalarkan imej dan maruah tetapi juga memalukan pekerjaan sebagai pendidik.
Menerusi hantaran di Thread, pemilik akaun dipercayai isteri kepada lelaki digelar ‘Abang Wiring’ itu telah mendapat perhatian selepas mendedahkan sesuatu.
Kata individu itu, isteri lelaki berkenaan sudah berkali-kali berjumpa pengetua sekolah malah turut membuat laporan polis namun guru terbabit tidak serik-serik.
Dia (guru) macam mencabar tau. Aku macam nak separuh mati turun naik sekolah. 4 kali aku hadap Pengetua, buat aduan. Pergi balai dekat 2 kali. Eh? Kau contact lagi dengan suami aku.
Dalam pada itu, difahamkan isteri lelaki itu akui bukan dia yang menularkan hal tersebut sebaliknya ada orang membuat akaun palsu dan menyebarkan kisah tersebut.
Dia juga dipercayai sedang dalam proses cerai dengan suaminya namun lelaki itu tidak memberikan kerjasama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.