4 Idea Barang Hantaran Paling Unik Dan Berbaloi-Baloi Untuk Bakal Pengantin

Trending

4 Idea Barang Hantaran Paling Unik Dan Berbaloi-Baloi Untuk Bakal Pengantin

Bagi mereka yang bakal mendirikan masjid, perkara yang paling seronok dan syok apabila memilih barang hantaran untuk diletakkan di atas dulang.

Tetapi yang sedih apabila terpaksa mengeluarkan modal yang banyak untuk membelinya.

Advertisement

Ada yang sanggup habiskan sehingga ribuan ringgit demi kepuasan diri dan tak kurang juga ada yang ingin menunjuk-nunjuk di hadapan saudara-mara dan kawan-kawan yang hadir.

Namun semua itu sebenarnya ‘hiasan’ semata-mata kerana hampir kebanyakan pengantin tidak menggunakan barang hantaran tersebut.

Malah ada yang dikitar semula kembali dengan diberi kepada orang lain.

Seorang ibu yang sudah berkahwin selama 14 tahun dan mempunyai 4 orang anak meluahkan pandangan beliau mengenai isu barang hantaran perkahwinan yang dipilih oleh generasi masa kini.

Beliau berpendapat, sebagai wanita yang dah ada anak 4 dan berkawin 14 tahun ni, barang hantaran sepatutnya bukan lagi bunga, kain, mekap, kasut tinggi membunuh dan minyak wangi.

Dah lah mahal, kurang membantu meringankan urusan isteri di rumah. Tapi barang hantaran kawin yang sepatutnya adalah seperti berikut :

1. Steam iron philip

Laju dapat gosok baju suami, anak-anak dan diri sendiri. Serius, lama weh gosok baju ni. Boleh bengkak kaki.

2. Pressure cooker Noxxa

Masak cepat gila. Belum cerita masak untuk dalam pantang. Memang mudah betul urusan. So banyak lebih masa nak belai suami. Gituu.

3. Mesin Dryer kain

Ini memang hadiah paling istimewa. Jimat masa jemur kain weh. Hujan lagi. Masalah bau baju kepam tiada lagi. Bil elektrik naik rm 50 sebulan . Ini hari-hari guna.

4. Kuali Magic ikan 

Ini memang ohsem. Bukan apa. Tambah bila kahwin kan merancang nak ada anak. Isteri bersalin mesti dalam pantang punya.

Mudahnya masak ikan bakar. Cepat. Nanti bila anak dah besar sikit, guna pulak nak buat lempeng bagai. Mudah dan cepat. Lebih banyak masa nak belai suami.

Ini baru berguna, ini baru tanda sayang isteri, ini baru akan membantu isteri untuk lebih efektif dan ini baru tidak membazir duit.

Sejujurnya, kasut tinggi hantaran saya tak pernah pakai. Rasa macam nak mati pakai. Sakit sana sini. Rugi betul. Kalau beli kuali magik ikan tu dah dapat sebijik.

Senang nak masak utk siapa? Untuk suami juga.

Kalau bakal-bakal suami nak isteri layan lebih walaupun dah anak 10 orang, laburlah siap-siap untuk beli benda-benda begini. Memang tak rugi.

Tunggu apa lagi?  Tag tunang masing-masing atau mak bapak korang. Sila fikirkan. Tak payah minta wang hantaran puluh-puluh ribu lah.

Senang kan bakal menantu tu. Minta ini sudah. Yang senang anak awak juga nanti. Apa kata anda pula?

Sumber: Fauzan N Siti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...