4 Gaya, 4 Lensa, OPPO A9 2020 Gegarkan Pasaran Smartphone Malaysia, Memang Menyesal Kalau Tak Beli Sekarang!

Hiburan

4 Gaya, 4 Lensa, OPPO A9 2020 Gegarkan Pasaran Smartphone Malaysia, Memang Menyesal Kalau Tak Beli Sekarang!

OPPO A9 2020 adalah smartphone terbaru daripada OPPO, sesuai untuk mereka yang muda, penuh bertenaga dan inginkan keseronokan dalam hidup. Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik serta memukau yang pasti akan membuatkan anda teruja.

Oppo A9 2020

Advertisement

Cerita banyak tak guna, jom kita tengok apa yang best sangat tentang OPPO A9 2020 ini. Confirm lepas baca ini anda akan berkata “aku nak pergi beli sekarang gak”. Jom!!!

Rekaan yang menawan

Gembira dan bergaya sungguh Ayda Jebat dengan OPPO A9 kan? Nampak ceria, penuh warna-warni dan menghiburkan sungguh. Memang OPPO A9 ini akan mengubah gaya hidup kita, dengan kehebatan spesifikasinya yang canggih, memukau dan mengkagumkan. Ayda Jebat, Zaim Ajmal dan Emma Shazleen pun approve, korang takkan nak ragu-ragu lagi? Lawa kot!

Oppo A9 2020 Ambassadors

Oppo A9 Color

cantik kan warna Space Purple OPPO A9 2020 nie?

Hadir dengan 2 pilihan warna iaitu “Space Purple” dan “Marine Green”, OPPO A9 2020 direka dengan rekaan estetik 3D. Paparan skrinnya sebesar 6.5 inci mempunyai fungsi “sunlight screen” di mana anda boleh membaca apa yang terpampang di skrin tanpa sebarang masalah walaupun di bawah panas terik matahari. Selain itu, skrin OPPO A9 2020 turut mempunyai “Blue Shield” yang membantu menghilangkan keletihan mata serta melindungi mata para penggunannya.

Oppo A9 2020 Marine Green

yang “Marine Green” nie boleh tahan menarik gak

Quad kamera

Oppo A9 2020 Camera

Benda yang paling best tentang OPPO A9 2020 ini ialah kehadiran 4 lensa kamera yang membuatkan semua gambar anda cun melecun. Setiap lensa membolehkan anda mengambil gambar dengan gaya dan cara yang berbeza seperti:-

Kamera utama 48MP untuk Ultra Night Mode

Oppo A9 2020 Night Mode

Tiada sebarang masalah untuk menangkap gambar di waktu malam walaupun kekurangan cahaya kerana OPPO A9 2020 mempunyai teknologi “multi frame noise reduction”, anti gegaran dan “high light suppression”. Paling best, gambar yang diambil tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap. Just nice sahaja.

Lensa 8MP 119° untuk gambar ultra-wide

Oppo A9 2020 Wide Angle

Selalu bercuti dengan kawan-kawan? Abadikan memori indah bersama kesemua kawan anda walaupun di ruang sempit dengan lensa ultra-wide OPPO A9 2020 yang mampu mengambil gambar sehingga 119°. Hebat kan?

Lensa potret

Oppo A9 2020 Portrait Mode

kredit gambar @wg_sam

Teringin nak ambil gambar potret seperti seorang profesional? Atau nak cuba gambar potret dengan efek yang menarik? Lensa potret 2MP OPPO A9 2020 ini hadir dengan 5 pilihan potret universal seperti gaya premium, majalah dan juga retro. Pilih je yang mana anda berkenan.

Lensa mono untuk potret hitam putih

Oppo A9 2020 Filter

Kalau teringin nak buat gambar potret macam zaman 70-an, jangan risau sebab OPPO A9 2020 mempunyai lensa mono yang membolehkan kita mengambil gambar hitam putih. Boleh la feel-feel macam back to school pulak dengan gaya macam ini.

Memori 8GB + 128GB

Oppo A9 2020 Specs

Hadir dengan memori sebesar 8GB RAM dan 128GB ROM, anda boleh menyimpan segala gambar, permainan dan juga applikasi tanpa perlu risau storan tak cukup. Selain itu OPPO A9 2020 juga mempunyai 3 slot kad untuk penggunaan dual sim kad dan microSD. Tak payah nak ada 2 phone. Oppo A9 2020 dah cukup dah.

5000mAh Ultra Bateri

Oppo A9 2020 Battery Life

Kalau selama ini anda risau nak main game kerana takut bateri habis, dengan OPPO A9 2020 anda boleh buang jauh-jauh kerisauan itu. Dijana dengan bateri sebesar 5,000 mAH, smartphone ini boleh digunakan secara berterusan untuk 19 jam. Anda boleh layan movie, tengok YouTube atau main game sampai lebam sepuas hati.

Sistem bunyi

Oppo A9 2020 Sound System

Melayan Netflix dengan OPPO A9 2020 akan memberikan anda satu pengalaman unik kerana sistem bunyinya sangat-sangat hebat. Dilengkapi dengan Dual Stereo Speakers dan Dolby Atmos, anda akan terasa seperti di dalam panggung wayang. Kaki game pun confirm suka sebab bunyinnya yang surround memudahkan anda mengesan pergerakan musuh di dalam permainan sepert PUBG dan Mobile Legend.

Pre-Order Sekarang

Oppo A9 2020 Pre Order

Ha dah teruja kan? Terasa nak beli terus kan OPPO A9 2020 nie? Silalah ke OPPO Online Store untuk melakukan pre-order dan membawa pulang hadiah PERCUMA berupa 1 tahun jaminan screen protection bernilai RM99 dan beg ekslusif OPPO yang bernilai RM159. Jika anda tertanya-tanya tentang spesifikasi penuh OPPO A9, boleh rujuk kepada meja di bawah:-

SpecificationsOPPO A9 2020
ScreenNew 6.5’’ Waterdrop Screen
Sunlight Screen
Corning Gorilla Glass 3+
Blue Shield
ColorMarine Green or Space Purple
Rear cameras48MP Main Camera + 8MP Ultra Wide Angle Lens (119’) + 2MP Portrait Lens + 2MP Mono Lens
Ultra Night Mode 2.0
4k Video Shooting
Video Stability
Front camera16MP (79’) AI Beautification
Storage8GB RAM + 128GB Storage
AudioDolby Atmos Sounds Effects
Dual Stereo Speakers
Ultra Linear Speaker
OSColorOS 6 (Based on Andorid 9.0)
Others5000 mAh battery, supporting reverse charging
Three card slot (Dual sim + microSD)

Untuk informasi yang selengkapnya, boleh baca di OPPO Concept Store. Selamat bergaya dengan OPPO A9.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...